Siapa Saya




Mawar Melati adalah satu "brand" untuk personaliti sisi lain seseorang yang bernama Rosmawati Bakhori. Tapikan, kenapa Mawar Melati? Aha... kenapa Mawar Melati yer?

Haa..kalau nak tau, Rose in Malay is Mawar, Ati ditambah menjadi Melati. Maka terhasillah Mawar Melati. Senang nak ingat kan, sebab tu lah nama manja Rosmawati adalah Mawar Melati. Bila orang panggil Mawar Melati, auranya lain macam skit. 

Siapa Mawar Melati?

Mawar Melati merupakan seorang ibu kepada tiga orang anak syurga. Mawar Melati juga seorang yang begitu komited dan berdedikasi atas apa yang dilakukannya. Kerja kerana Allah,kan.


Kolagen Penawar Kanser

Namun, Mawar Melati masih lagi "struggle" untuk majukan diri dalam kerjaya dan bisnes kesihatan dan kecantikan untuk diri sendiri dan masyarakat. Nanti follow lah yer, page Vivix Shaklee Putrajaya aka Collagen Penawar Kanser.



Masih bekerja?

Ya! Sekarang Mawar Melati masih lagi bekerja tetap sebagai staff IT di salah sebuah Pejabat Kerajaan di salah sebuah bangunan mercu tanda Putrajaya iaitu Palace of Justice dan bercadang untuk bersara awal apabila mencecah usia 40 tahun. (sekarang baru 26 tahun). hik3

Aktif dalam kerja-kerja amal, ye?

Betul tu! Mawar Melati juga bergiat aktif dalam Persatuan NGO Angkatan Sukarelawan ASAS Sejahtera (ASAS) bermula tahun 2016 dan telah banyak menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan di Acheh, Indonesia, Cebu Island, Filipina dan Kg. Chhnang, Cambodia. 

Selain itu, ASAS juga turut membantu pelarian Rohingya di sekitar Lembah Klang, Asnaf di Pantai Timur dan Barat Semenanjung Malaysia dan banyak-banyak lagi aktiviti ASAS laksanakan bagi membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat muslim di serata pelusuk dunia. 

ASAS ada social media tak?

Next 2018, ASAS akan memanjangkan langkahnya ke China dan Nepal. Yang ini boleh follow Facebook dan IG ASAS, ye. Actually, Mawar Melati adalah AJK Media untuk ASAS bagi tahun 2017.


Masak-memasak dengan Kembara Kitchen, eik?

Selain ASAS, Mawar Melati juga ada join NGO Kembara Kitchen yang berfungsi untuk memasak makanan untuk gelandangan, mangsa fenomena alam seperti banjir besar di Besut 2017 dan golongan yang tidak berkemampuan mengikut musim perayaan. NGO Kembara Kitchen ini adalah NGO yang dianggotai oleh ahli pelbagai kaum seperti cina, india, melayu dan serani. Seronok rupanya buat kerja gotong royong masak memasak bersama bangsa bukan Melayu dalam menyediakan makanan berskala besar. 

Oooo...Lady Biker juga rupanya, ye!

Mawar Melati juga adalah seorang wanita kental yang amat berminat dengan aktiviti permotoran lasak. Pada tahun 2013, Mawar Melati telah mula menyertai group Kawasaki Lady Bikers sehinggalah kini.

Untuk update yang ini, boleh follow page Canon Rider yer. Page ini memuatkan aktiviti-aktiviti kumpulan motor yang Mawar Melati sertai bagi misi atau konvoi amal dan santai yang akan dikongsikan bersama dalam group-group pemotoran Malaysia seperti Kawasaki Owner Club Malaysia, Kawasaki Lady Bikers Malaysia dan All Nations Bikers Club - Malaysia, Singapore, Indonesia & Brunei

canon rider, mawar melati, ride, enjoy ride, joyride, bike, motosport, bikers, lady biker, kawasaki lady biker, kawasaki

Rasanya itu je lah kot cerita pasal Mawar Melati. Nak taw lagi, boleh stalker Facebook Mawar Melati @ mawarjelly [@] gmail.com. See there! #spreadlove #mawarmelatiputraya



Popular posts from this blog

Betong, Yala, Thailand - 6hb Disember 2014

Sticky

Review NUTRIWHITE (Cleanser, Toner + Pelembap)