Ceritanya begitulah...

Kali ini, kita nak bercerita pasal kenangan semasa zaman belajar masa kita kecik-kecik dulu. 

Kita asalnya budak yang dilahirkan di sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Tong. Pada zaman 80an, Sungai Tong ini terkenal dengan perladangan kelapa sawit. Banyak sangat ladang yang ada di sini antaranya Ladang Jaya, Ladang Bari dan Ladang Fikri. 

Membesar di ladang, buat kita suka pada bau asap kilang sawit, terbawak-bawak sampai laa sekarang tetap sukakan bau asap kilang tu. Pelik kan?


Masa kita umur 4 tahun, famili kita berpindah keluar dari kuarters ladang, ke rumah sendiri kat KM46, Kg. Selamat, Sungai Tong. Waktu tu, kawasan tu berpaya. Famili kita kecuali kita je yang  terselamat dari serangan demam Malaria. Orang kampung panggil itu demam kura. Demam yang buat kita menggigil.. ish takut kita. Kiranya antibodi kita ni kuat jugak lah ye. Walau pun kita ni sering sakit perut dan sakit mata. Setiap bulan, pasti datang Dresa amik darah kita orang sekeluarga.

Mak ayah kita masa berpindah ke rumah sendiri, masih lagi kerja di ladang. Tak lama kemudian, mak kita amik keputusan untuk berhenti kerja di ladang. Dan mula start amik upah menoreh di kebun getah belakang rumah. Waktu tu, kita da pun berumur 7 tahun. 

Masa kita umur 6 tahun, kita bersekolah di Tabika Sungai Tong yang letaknya berhadapan dengan Balai Polis Sungai Tong. Sehingga sekarang, walaupun tak digunakan, bangunan tabika itu masih lagi ada terletak elok. Balik je kampung, teringat kenangan kita dengan kawan-kawan dan Cikgu Gayah, guru tabika kita.  

Jadinya, setiap jam 6.15 pagi, mak ayah kita terpaksa tinggalkan kita tepi jalan di bawah lampu jalan sebelum mereka berdua pergi ke ladang yang jaraknya jauh la jugak. Maklumlah, kelas tabika belum bukak lagi. Melangut laa kita bawah lampu sampai jam 7 pagi.

Dan kalu nak tau, suatu waktu dulu, Sungai Tong adalah kawasan yang punya statistik yang paling  tinggi kadar kemalangan maut. Orang kata, keadaan jalannya yang berselekoh dan licin. Kawasan rumah kita pun, antara kawasan kemalangan maut. Itu yang kita takut nak mandi di telaga waktu dinihari.
Ok berbalik pasal kelas tabika tadi, dalam jam 12.00 tengahari, kelas tabika abih kita mulalah merayap ke umah rakan-rakan kita yang dekat-dekat tabika tu. Kalau tak ke rumah Shamsiah, kita ke rumah Salmah. Men pondok-pondok, masak-masak dan kadang-kadang kacau lembu yang sedang makan rumput. Kesian mak ayah kita, tercari-carikan kita waktu tu..hik3. 

Dari usia kita, 7 tahun, kita terpaksa gateh (kayuh) basikal atau jalan kaki untuk ke sekolah yang jaraknya 2 km dari rumah. Kalu jalan kaki, kita jalan ramai-ramai ngan kawan-kawan, dalam jam 6.30 pagi memang kena turun dah. Kalu tak, pasti lewat sampai kat sekolah.

Setiap kali balik sekolah, kita pasti mesti tunggu mak kita balik dari menoreh. Kita mesti akan lepak bawah pokok nyior tepi parit sambil baca buku jawi, kitab tok guru Haji Hadi. Tak pun kita culik buku-buku sejarah dan buku cerita hikayat kakak-kakak dan abang kita. ekekekeke..lepas tu jenuh la diorang mencari buku-buku yang kita culik tu.

Actually, kita memang suka membaca dan menyebut perkataan yang susah-susah dan pelik-pelik macam Albuquerque, Tomoyuki Yamashita dan banyak  banyak banyak lagi.

Setiap kali balik sekolah jugak, kadang-kadang kita balik jalan kaki, atau pun tumpang gerek (basikal tua) pak saudara kawan kita. Tumpang naik bertiga. hik3. Tak pun, tunggu ayah kita amik kita kat sekolah. Tapi itu jarang-jarang sangat. Ayah kita kan sibuk kerja.   

Gambar dari www.nakcubamtb.blogspot.my

Pernah satu hari tu, masa tu kita Tahun 2, 1987, pak saudara kawan kita, gateh basikal laju sangat. Kita pikirkan kenapa. Rupa-rupanya ada kemalangan maut di hadapan rumah kita yang melibatkan sebuah lori minyak Shell dengan sebuah kereta. Kereta di bawah lori, 3 orang cina dan semuanya maut. Minyak dan darah mengalir ke rumah kita. 

Masa tu, polis dan bomba belum lagi tiba. So, kita kan bercita-cita nak jadi doktor, memang berani ler tengok otak yang terkeluar dari mayat mangsa dan keadaan mangsa yang lain. Sehingga sekarang kita masih lagi terbayang-bayang keadaan mangsa-mangsa kemalangan tu.  

Makanya, setiap pagi, jam 5.30, time nak mandi air telaga kita akan pura-pura nangis. Actually kita tak suka sejuk dan gelap. Takut teringat pasal mata mangsa yang tercabut dok tengok kita mandi...huhuhuh so seram kot. Nasib laa mak kita ni penyayang, maka dia pun terpaksalah  merebus air, buat air mandian kita. Bolehlah mandi kat jemuran dapur jer, hik3. Bijak tak? Tapi trick macam ni, tak boleh guna selalu. Nanti kena cubit ngan mak kita.  

Gambar dari www.darahatiku.blogspot.my

Selesai sarapan, kita pun berjalan kaki untuk ke sekolah. Kalu berjalan kaki, kita akan pasti singgah kat kedai Mok Su untuk beli nasi kerabu yang sedap sedap sedap sangat. Harganya baru 20 sen. 

Mak kita selalu bagi duit 30 sen je wat belanja. Kalu ada kelas fardhu ain, baru mak kita bagi 50 sen. Tapi jarang sangat la nak dapat 50 sen tu. Selalunya, mak buat bekal siap-siap dari rumah. 

Kalu kita terawal sangat, kedai belum bukak, kita sanggup je tunggu. Tak pun kita beli je nasi berlauk Kedai Zira. Nasi berlauk ni mahal sikit sebab ada ayam seketul. Itu yang reganya 50 sen. Kalu dah 50 sen, memang kena menabung ler baru dapat merasa. Tak pun, buat-buat baik dengan si Zira boleh la merasa nasi berlauk yang baunya, lahai kecur liur baq ang.

Gambar dari www.sulamankasihabadi.blogspot.my

Tapi kita tak suka nak berbaik baik ngan si Zira tu sebab dia bossy sangat dan selalu ganggu fokus kita semasa dalam kelas. 

Sejak tabika, sampai Tahun 3, kita memang berbaik-baik dengan Amalina. Memang close sesangat. Teringat kita masa Tahun 3, waktu tu semua orang wajib pakai baju kurung dan bertudung. Tapi, si Amalina ni bagitahu yang esok kita-kita tak payah pakai tudung. So, pagi tu, kita mintalah mak kita ikat rambut macam "pokok nyior", hik3.. 

Esoknya, elok sampai kat sekolah, kita tengok si Amalina ni pakai tudung. Lahai, malu kita dibuatnya masa tu. Kita sorang je yang tak bertudung siap ada "pokok nyior" lagi. Ustaz masuk kelas, terus mengamuk ler. Selepas kejadian tu, kita da mula tak percayakan si Amalina lagi. 

Masa kita Tahun 4, dia da masuk sekolah elit dan terpaksa tinggal di asrama kat Sekolah Kebangsaan Batu 29. Kita pulak tak amik surat tawaran ketika tu, memang terlepas ler. Rezeki masing-masing. Dan rasanya si Amalina tu sekarang dah jadi seorang doktor. Itu pun kita tahu daripada mulut kawan-kawan. Sehingga sekarang, kita terputus hubungan dengan dia dan kawan-kawan yang lain sejak sejak mak kita meninggal. 

Ada satu peristiwa, yang memang kita tak lupa dan buat kita tergelak sorang-sorang. Masa tu, kita Tahun 4, kita memang pergi sekolah naik basikal hantu. Kenapa basikal hantu? Sebab basikal kita tu memang kosong. Tak de brek. hanya rangka, tayar halus dan pedal pun tak de getah. Abang kita la ni punya angkara.

Sekolah kita ni pula berbukit-bukit. Masa turun bukit. hujan lak tu, basikal plak tak de berbrek. Fuh.. memang masak. Kita jadi stunt girl waktu tu, disaksikan oleh geng-geng basikal yang berteduh menunggu hujan reda di wakaf sekolah. Nak tak nak, kita terpaksa langgar wakaf sekolah tu untuk menghentikan basikal tu, kalu tak, sure kita tercampak dalam paya taw.

Makanya, habihlah comot baju, kain dan kasut sekolah kita. Dah la comot, basah kuyup plak, kita bertahan jer la dengan keadaan tu sampailah loceng berbunyi.  

Aha, actually, sekolah  kita tu, adalah sekolah kategori pedalaman. Cikgu Cina dan India ada sorang je. Dan kebanyakan  cikgu-cikgu kita tu rela berulang-alik dari bandar Kuala Terengganu. Diorang tak sanggup nak tinggal di kampung kita. 

Waktu tu, sebelum tahun 1991, Sungai Tong masih lagi pakai api letrik generator. Nama penjaga generator tu pun Pok Tong Kampung Sungai Tong. Tak tau la nama sebenarnya apa, hik3. Api letrik mula menyala bermula jam 7 malam sampailah jam 7 pagi. Kadang-kadang Pok Tong terlupa jugak nak tutup generator, dapatla kita tengok siaran TV1 walau pun sekejap. Rasa seronok sesangat time tu.

Ada juga di antara kawan-kawan kelas kita ni datang sekolah naik perahu atau pun sampan. Fuhh.. mai mai sekolah, dengan kasut penuh selut merah dan hitam. Memang comot sangat, hik3. 

Sekolah kita ni, sekolah kayu dan bertingkap dawai pagar tu. Bila musim panas, angin sepoi-sepoi bahasa, syok je layan, tapi bila musim hujan, mak aiii basah ler. 

Masa kita Tahun 4 sampai Tahun 6, kita dapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan. Kita dapat la bahagiannya kalau datang awal. Kalau tidak, memang tak merasa ler nasik lemak, bihun tak pun mee goreng free.

Time rehat, kita suka masuk library, baca buku. Ada jugak kawan-kawan kita, nak ngorat, tapi kita tak suka nak melayan. Kita lebih suka baca buku lagi. 

Dalam kelas, kalau cikgu tak de, kita lebih suka, siapkan kerja sekolah. Sebabnya petang nanti, kita nak men buaian, rumah-rumah atas pokok ara, mengail ikan kat parit, menangguk udang nasik tak pun men congkak tanah ngan butir getah. Jadinya, kerja sekolah kena siap awal-awal ler. Memang kita takut cikgu marah, tapi kita jugak takut kawan kita si Zairi tu, siap dulu dari kita, hik3. 

Yang tak bestnya, bila kerja sekolah siap awal, kawan-kawan mulalah amik kesempatan nak meniru. Amik ler, tiru ler. Tapi kalu yang gengster suruh kita siapkan lak, upahnya sebungkus kuaci. Huh, macam la kita ni suka sangat makan kuaci...hadoiiiii.

Gambar dari www.tokopedia.com

Tapikan, kita dari Tahun 1 sampai Tahun 6, memang mak ayah tak payah bersusah-susah nak peruntukan duit untuk belikan peralatan alat tulis untuk kita sebab setiap tahun kita sentiasa Top 3 dalam darjah. So, hadiah masa tu, kalu tak buku tulis, pensil warna, stationery, botol air tak pun bekas makanan. Kiranya masa tu, mak ayah kita, selalu la tengok kita naik pentas setiap kali hujung tahun. 

Belum lagi, dikira hadiah kita masuk kuiz, mengaji dan berpidato. Memang aktif betul masa bersekolah rendah.  Tapi bab sukan kita memang fail. Kalau berlari je, pasti jatuh tergolek dog. Alih-alih cikgu minta kita rehat dok tepi main dam aji tak pun main dam ular.  Tapi kita lebih suka main catur. Main sesorang pun menjadi... wakakakakakak. 

Masa Tahun 6, kita mula berkawan dengan Epul, Haris dan Dayat. Ke mana je diorang pergi, kita pasti ikut. Si Dayat budak baru masuk sekolah kita. Ayahnya bekerja di Veterinar Sungai Tong. Kiranya Dayat anak orang kaya la kat sekolah kita, sebab ayahnya kerja makan gaji, ada kereta lak tu. Satu je yang kita tak suka dengan si Dayat ni, dia suka berlagak pandai tapi dia memang pandai pun, hik3.

Si Haris ni pula, berkulit putih, bermata sepet tapi bertahi lalat di dahi macam anak india lak. Dia pulak anak kepada guru besar. Dia memang baik dan selalu bagi tunjuk ajar kat kita. Si Haris ni jugak berbaik dengan si Zairi. Kita tak suka kat Zairi sebab bizi body dan suka lawan-lawan sapa cepat siap kerja rumah. Penat kita nak kejar dia kot... huwhahaahahhaa.

Epul...yang ini, anak ketua kampung Pengkalan Merbau, sebelah kampung kita je. Ermm,  kita tak suka dia sebab dia hensem sangat. Ramai la gegurl dok jeling-jeling manja kat dia. Dia plak melayan, lahai.. 

Masa kelas tambahan UPSR, setiap kali sebelum kelas, selepas makan tengahari dari bekal masing-masing, kami akan main catur. Lepas tu lawan lawan sapa cepat jawab kuiz atau siapkan soalan yang cikgu bagi. Memang best team kita masa tu. Tip top. 

Bila dapat result, depa 3 orang, dapat straight A. Kita lak dapat staright A jugak, tapi dapat C tang bahasa Inggeris, huhuhuhuuh.

Pas tu, masing-masing dapat masuk sekolah sains dan berasrama penuh. Kita pula masuk sekolah agama negeri. Sekolah tu kiranya antara sekolah elit pada masa tu. Dan sehingga sekarang, kita lost contact dengan geng-geng kita. Masing-masing bawak haluan sendiri. Terputus hubungan terus.

Gambar dari www.kompasiana.com

Harapnya akan datang, kami dapat berkumpul semula dan dapat gelak-gelak macam masa kita kecik-kecik dulu. Hopefully, miss uols. 

#spreadlove

Popular posts from this blog

Betong, Yala, Thailand - 6hb Disember 2014

Sticky

Review NUTRIWHITE (Cleanser, Toner + Pelembap)