Pak Din Nasi Dalcha, Tanjung Bidara to Sarang Art Hub, Tanjung Malim

22 Nov 2017   |   Rabu

Tanjung Bidara aka Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang
Perjalanan kami dari Putrajaya ke Pulau Pinang lebih kurang 576km mengambil masa lebih kurang 5 jam dengan kelajuan 80kmj - 110kmj. Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tanjung Bidara adalah merupakan sebuah bandar Chinatown yang utama di Malaysia. Ini kerana majoriti masyarakat sana terdiri daripada kaum Cina. 

Pulau Pinang adalah antara lapangan yang kedua tersibuk di Malaysia dan mempunyai sebuah sekolah cina tertua di Malaysia iaitu Sekolah Chung Ling yang telah mencecah usia 100 tahun. Wow!!! Boleh baca di sini, https://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinang


Penang Bridge, Perai

Penang Bridge adalah jambatan yang paling terkenal di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara kerana ianya merupakan jambatan kedua terpanjang selepas Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (23.37km). Panjang jambatan ini adalah 13.5km yang mempunyai 6 laluan ini telah menghubungkan Bayan Lepas dengan Perai. 

Pembinaannya mengambil masa 3 tahun dan siap pada 1985 yang menelan belanja 850 juta pada waktu itu. Owwhh, baru kita tau.

Ops, ada lagi, keistimewaan jambatan ini adalah disebabkan struktur tengahnya adalah menggunakan jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia. Fuh, hebat!!!... Boleh jenguk-jenguk di sini, https://ms.wikipedia.org/wiki/Jambatan_Pulau_Pinang



Pak Din Nasi Dalcha, Jelutong
582, Jalan Jelutong, Jelutong, 11600 George Town, Pulau Pinang
kordinat : latitude 5.38398; longitude 100.31609

Dari Penang Bridge untuk singgah makan di Warung Pak Din Nasi Dalcha yang viral di media sosial tu, dalam 10 minit je taw. Jaraknya lebih kurang 5.2km. Memang dekat je pun. Nasi Dalcha ni pasti mesti try apabila berkunjung ke Pulau Pinang.

Warungnya di tepi simpang jalan betul-betul di bawah jejantas, memang senang nak akses cuma biasalah nama lagi Pulau Pinang, area Gerai Pak din Nasi Dalcha ni memang sibuk bebenar. Dan semestinya, semestinya lah susah nak parkir kereta. 

Tetapi usah risau, nak parkir payah, namun untuk duduk dan makan dengan selesa, tak de masalah pun. Walaupun cuaca pada waktu tu panas terik, kami dapat makan dengan selesa, warung ini ada menyediakan banyak kipas angin yang ber "aircond". Syok!!!...

Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang, lauk pauk di Gerai Pak Din Nasi Dalcha ni masih ada lagi. Yang ada waktu tu, kari ikan bawal, kari sotong, kari ayam dan beberapa jenis sayur je. Kira bolehla.. janji dapat merasa nasi hujan panasnya yang dikatakan sedap terangkat tu... hihhihih.

Dan yang buat kita rasa peliknya, walaupun sudah jam 2.00 petang, orang tetap ramai mengunjungi gerai ni. Beratur jugak lah. Erm...

Tapi sungguh seperti yang dikata, nasi hujan panasnya memang sedap betullah. Wow, marberlousss... Tak menyesal makan di sini. Mai, mai, mai...

Gerai Pak Din Nasi Dalcha Jelutong
Dan yang paling bestnya, bukan setakat orang Melayu je yang menjamu selera di sini, tetapi ada pelbagai bangsa termasuk cina dan india singgah makan di warung ini. Terbaik!!!...


Penang Hill aka Bukit Bendera, Ayer Itam

Dari warung Pak Din Nasi Dalcha ke Penang Hill melalui Jalan Masjid Negeri mengambil masa lebih kurang 30 minit juga. Jaraknya dalam 13.4km melalui satu tugu bertulis bahasa Mandarin yang bermaksud "Yang Berani Tidak Gentar" yang terletak di tepi bulatan kaki Bukit Bendera.

Kisahnya, tugu ini dibina bagi menghargai pahlawan-pahlawan yang terkorban semasa zaman perang dunia kedua. Mengikut rekod, menara tugu sedia ada ini telah dibina pada 11.11.1951. dan telah tugu tersebut telah dinaiktaraf dan di sisinya telah dibina satu monumen Perang Dunia sempena menghargai pahlawan perang dunia kedua yang terkorban dan berjuang yang mana pembinaannya siap pada 6.10.2011. 

Pada tugu tersebut ada tercatat 4 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Mandarin, Inggeris dan Jepun yang tertulis di  belakang menara tugu bagi menjelaskan mengenai tugu berkenaan. Boleh rujuk di sini : https://tinyurl.com/yadltlkl 

Semasa kami tiba di Penang Hill atau dulunya dikenali sebagai Bukit Strawberi tu, sistem keretapi ditutup sementara untuk kerja-kerja menyelenggara dan membaik pulih sistem akibat ribut dan tanah runtuh yang berlaku semasa banjir besar yang melanda Pulau Pinang pada dua minggu yang lepas. Takziah Pulau Pinang.

So, next time la, kami berkunjung semula. Bagi yang berminat untuk berkunjung ke sini, boleh rujuk pada laman web yang kita paste untuk mendapatkan harga tiket dan apa jenis aktiviti yang menarik yang diadakan di puncak Penang Hill ni ye. Sila klik untuk info https://tinyurl.com/yclggdcd dan https://tinyurl.com/yazjc4pf

Penang Hill ni merupakan salah satu destinasi wajib dalam checklist setiap pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang.


Tokong Kek Lok Si, Ayer Itam

Jarak dari Penang Hill ke Tokong Kek Lok Si yang terbesar dan tercantik di Asia Tenggara tu lebih kurang 13.8km je. Binaan tokong ini adalah campuran dari senibina Burma dan Thailand. Tarikan utama tokong ini adalah Dewa Kuan Yin yang terbesar di Asia Tenggara. Selain itu, ia juga mempunyai binaan pagoda yang setinggi 7 tingkat yang mempamerkan 10,000 imej Buddha dan pelbagai patung dewa serta kolam ikan kap dan kura-kura yang agak besar.

Waktu yang sesuai untuk melawat tempat ini adalah pada musim perayaan Tahun Baru Cina. Dikatakan pada waktu tu, banyak tanglung yang bergantungan di tokong tersebut. Wow!!!.. menarik tu.

Sayangnya, waktu kami pergi ketika itu, cuaca Pulau Pinang terlalu panas terik. Sehinggakan, sakit kulit kita. Putus selera kita nak mendaki anak tangga untuk melihat keindahan pemandangan Pulau Pinang dari puncak pagoda Tokong Kek Lok Si.

Bagi yang berminat untuk berkunjung ke sini, tokong ini dibuka seawal jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari. Masuk adalah percuma melainkan kawasan-kawasan tertentu. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut https://tinyurl.com/yd58jnpa


Wat Chayamangkalaram

Wat ini adalah salah satu tempat yang sesuai untuk dikunjungi kerana ia merupakan Wat Thai yang terkenal dengan patung Buddha berbaring dan disaluti emas. Panjangnya adalah 33 meter dan merupakan antara yang terbesar di dunia. 

Wat ini telah dibina di atas tanah yang diberikan kepada rakyat Thailand oleh Ratu Victoria pada tahun 1845.  Jarak antara Kek Lok Si Temple lebih kurang 8.3km je. Info lanjut : https://tinyurl.com/y9dkddx3


Entopia Butterfly Farm dan Empangan Teluk Bahang

Dari Kek Lok Si Temple yang panas membahang, kami meronda ke empangan Teluk Bahang, untuk menikmati pemandangan laut dari atas bukit Teluk Bahang - Balik Pulau. 

Sayangnya, sewaktu kami melalui kawasan ini, banyak tinggalan tanah runtuh, pokok yang dah tumbang dan dahan pokok yang dah patah. Yela, dua minggu sebelum itu, Penang dilanda banjir besar. Dan Pulau Pinang masih dalam proses pembersihan dan membaik pulih kawasan yang terjejas. Takziah Penang. Boleh rujuk artikel ini untuk berita banjir besar Pulau Pinang 2017, https://tinyurl.com/y78mbnez

Empangan Teluk Bahang ini adalah empangan yang terbesar di Pulau Pinang dan juga merupakan tempat pertandingan perahu naga antarabangsa. Wah...hebatnya.

Dan yang paling best, dapat layan pemandangan indah di empangan ni. Di sebelah kirinya bukit-bukau yang menghijau dan di sebelah kanannya pula laut yang membiru terbentang luas. Subhanallah...

Berhampiran empangan ini juga, ada Entopia Butterfly Farm. Untuk maklumat tiket masuk ke sini dan info menarik mengenai Entopia ini boleh terjah site ini, https://tinyurl.com/yd3ysxj7


Eden Condominium Batu Feringghi

Setelah penat meronda, mai lah kita cari tempat untuk berehat. Melaui tempahan airbnb, kami dapat satu tempat penginapan yang amat berbaloi sangat-sangatlah. Kami hanya membayar RM165 untuk satu apartmen yang besar dan cantik yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi, ruang dapur serta living room yang agak luas. Balkoni nya pula yang menghadap laut yang membiru dan pemandangan bukit-bukau yang menghijau. Sejuk mata kita memandang taw. Rasa bersyukur sesangat. Apartment ni memang sesuai untuk percutian keluarga ke Pulau Pinang. Jadinya, tempahlah melalui airbnb. Memang berbaloi.


Pasar Malam Batu Feringghi

Pasar malam ini beroperasi seawal jam 7.30 malam sehingga ke awal pagi. Pasar ini dekat je dengan tempat penginapan kami. Cumanya, kami cukup keletihan untuk meronda-ronda di pasar malam tersebut ditambah pula hujan yang turun dari jam 7.00 malam tidak berhenti-henti sehingga lah ke pagi. 

Berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang berkunjung ke sini, kata mereka banyak barang-barang seperti beg branded yang tak ori gred berapa kita tak taw, dijual murah-murah di sini selain banyak souvenir yang unik dan cantik yang boleh dibeli untuk kaum keluarga dan sahabat handai sebagai tanda mata ke Pulau Pinang. Boleh rujuk artikel ini untuk info lanjut, https://tinyurl.com/yagq6gys dan https://tinyurl.com/ybezbmah


23 Nov 2017   |   Khamis

Pantai Miami aka Batu Feringghi 

Selepas check out dari rumah penginapan yang marbelous tu, kami pun bertolak untuk ke gerai makan di atas bukit berhadapan dengan Masjid Terapung Batu Feringghi, Tanjung Bungah untuk makan tengahari. Gerai tu dekat sangat dengan kawasan perumahan mangsa tsunami. Gerai atas bukit tu, ada tiga buah warung yang menyediakan nasi campur yang masakannya yang enak dan sedap terangkat. Uniknya, ramai sangat pengunjung yang datang menjamu selera di sini termasuklah kaum India, Cina dan bangsa asing.

Fuh.. kat Putrajaya memang tak da macam ni. Hebat betul Pulau Pinang ni kan, suasana harmoni sesama kaum. Boleh makan bersama-sama. 

Then, on the way untuk ke tanah besar Seberang Perai, kami singgah dulu main-main air dan pasir di persisiran Batu Feringghi.

Pantai Batu Feringghi ni memang cantik dan unik. Kita suka pantainya. Pasirnya putih dan airnya jernih, serta banyak pokok-pokok yang merendang selain batu-batu besar yang terhampar di pesisir pantai.

Untuk info lanjut berkaitan aktiviti di Batu Feringghi yang patut dicuba semasa di Pulau Pinang boleh baca artikel ni https://tinyurl.com/y74pnwxc


Jeruk Madu Pak Ali

Ha...satu lagi tempat yang wajib mesti pasti singgah. Kalu tak singgah, memang rasa macam tak lengkap je mai Penang ni. Bukan apa, jeruk madu Pak Ali ni, sedap malah tahan lama. Makan banyak pun, sah takkan batuk. Rugi kalu tak beli.

Lagipun kalu turun Penang, bercambah orang jual Jeruk Madu Pak Ali ni.Lahai... memang sah sah wajib beli walau sebungkus sebagai buah tangan untuk orang kampung. ekekekekeke. Betul tak?

Hari tu, kami beli bukan setakat sebungkus, berbungkus-bungkus siap dengan buah kabung, asam plum dan asam masin. Sakan shopping kot. Nak tau lebih info seperti tempat dan cawangan Jeruk Madu Pak Ali boleh singgah kat sini. https://tinyurl.com/yat4fmh6


Makan durian di Changkat Ibol, Bukit Gantang

On the way balik, kami menyinggah kat Changkat Ibol untuk mencari durian. Kebetulan musim durian kali kedua ni menjadi pulak. Pada asalnya kami ingin ke Batu Kurau, katanya di sana durian Tukugho tu lagi sedap, lagi lemak manis rasanya. Tapi alang-alang lalu kat Changkat Ibol pun banyak gerai yang tayang buah durian, kita berhenti di situ je lah. Nak tau lebih pasal durian Tukugho tu, boleh baca artikel ni https://tinyurl.com/yaj4afwd

Dari Highway PLUS menghala ke Kuala Lumpur, kami menyusur keluar Exit 146 Changkat Jering. Belok je ke kanan, berderet gerai menjual buah cempedak dan durian si raja segala buah.

Kami singgah berhenti di satu gerai yang menawarkan RM14 untuk sekilo. Bagi kami makan berdua, cukup la hanya sebiji durian je. Isinya kuning raja. Wow.. rasanya. Allahu... nikmatnya!!!.. Inilah kali kedua, kita merasa doyan. Sebelum tu, di Raub bersama Kaza dan geng Kawasaki Owner Group pada pertengahan tahun 2017. Alhamdullillah.. sedap.


Sarang Art Hub
Jalan Rumah Rehat, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim, Perak

Dalam jam 5 lebih, kami pun sampai ke Tanjung Malim. Kali ni, kami singgah masuk ke Sarang Art Hub kepunyaan pengarah filem terkenal tu, bro Mamat Khalid. 

Kalau dari arah Utara, susur exit Behrang, lebih kurang 11.3km, berhampiran restoran makanan segera tu, kita pasti akan nampak sebuah rumah lama yang berwarna putih yang di hadapan laman rumah tu ada sebuah van berwarna kuning. Pada dinding rumah pula, penuh dengan lukisan wajah-wajah orang seni termasuklah Tan Sri P. Ramlee. Maka, memang tak salah dah, itula tempatnya Restoran Sarang Art Hub yang femes tu. 

Bagi yang datang dari arah Selatan, boleh susur Exit Tanjung Malim yang jaraknya lebih kurang 6.7km. Try laa yer.

Tempat ni, memang best untuk lepaking. Ada banyak sangat poster-poster filem lama, koleksi cd dan pemain cd yang mungkin ada pada zaman Tan Sri P. Ramlee dulu kot, ada juga koleksi video lama dan macam-macamlah. Perghh...memang terbaiklah tempat ni. 

Ruang makannya pula ada banyak pilihan samada nak makan di ruang berhawa dingin ke, yang sesuai untuk keluarga yang ada anak-anak kecil, makan di ruang beranda ke atau di ruang tamu tak pun di hadapan laman rumah.

Dan yang paling nostalgia sekali, restoran ni, bersebelah dengan rel keretapi. Fuh.. bayangkan apabila keretapi atau komuter yang melalui rel ini... memang terasa suasana dulu-dulu, menggamit kenangan kot. 

Menu makanannya pula terbahagi kepada dua iaitu satu masakan melayu dan satu lagi masakan barat. Tapi kebanyakan nama-nama menunya kelakar giler.. Ada diantaranya tu kan, nama tajuk-tajuk filem Mamat Khalid dan yang pasti mesti... murah, sedap dan layanannya first class, you know...Rekemended!!!

Kebetulan semasa kita di sana, kita dapat bergambar dengan bro Mamat Khalid yang baru je selesai shooting filem Hantu Kak Limah 3. Dengan senyum manis, elok je dia melayan bergambar dengan kami. Isterinya yang jaga restoran tu pun.. sentiasa senyum dan memang warm welcoming. Dan yang paling besrt best, anak daranya pun.. senyum je manjang. Dah la comel, manis lak tu. 

Pekerja Sarang Art Hub pun .. memang mesra  dan best. Sarang Art Hub ni jugak ada buat live band bermula jam 8.30 malam sehingga 1.30 pagi. Apa-apa pun, kita suka tempat ni. Harap Sarang Art Hub akan bertambah maju dan kekal ada sampai bila-bila. Nak tau lanjut mengenai Sarang Art Hub ni, boleh baca review dari foodblogger ni, https://tinyurl.com/ydg3hh8t



***
Kesimpulan

Kiranya, Sarang Art Hub adalah penamat untuk journey kami ke Pulau Pinang. So, macamana? Cuti cuti Malaysia, boleh laa berkunjung ke Pulau Pinang yang terkenal dengan Jambatan Terpanjang dan Kuil Terbesar malah Tercantik di Asia Tenggara selain mempunyai pantai yang bersih dan menarik tu yer... 

Pulau Pinang sememangnya antara tempat yang paling best untuk dikunjungi dan merupakan syurga bagi kaki window shopping. Ada Gurney Paragon, 21st Avenue Mall, Queensbay Mall dan banyak lagi tempat shopping yang best-best hik3... nak tau, boleh jenguk sini untuk info tentang 10 tempat shopping terbaik di Pulau Pinang https://tinyurl.com/y8kgxp2x

Jadi, untuk trip kali ini, dua hari sudah memadai untuk pusing-pusing jalan-jalan di Pulau Pinang, Pulau Mutiara. 

Canon rider was here... #spreadlove

Popular posts from this blog

Betong, Yala, Thailand - 6hb Disember 2014

Sticky

Review NUTRIWHITE (Cleanser, Toner + Pelembap)