Tip untuk anak kecil pergi beraya dengan selamat


1. Anak-anak kecil keluar beraya bersama-sama anak-anak yang kecil yang mampu bertindak sebagai penjaga

2. Sentiasa mengingatkan mereka tentang keselamatan jalan raya seperi cara melintas jalan raya.

3. Menetapkan beberapa syarat kepada anak-anak yang keluar beraya : 
  • Pulang ke rumah selepas satu jam berjalan raya
  • Tidak melalui kawasan sunyi atau senyap
  • Hanya boleh berjalan raya dalam jarak tertentu sahaja
  • Melaporkan setiap rumah yang mereka pergi
  • Tidak meninggalkan kumpulan
  • Tidak menaiki kenderaan orang yang tidak dikenali


4. Memasang alat pengesan seperti loket atau jam pada anak-anak

5. Menelefon jiran supaya memaklumkan jika anak-anak tidak sampai ke rumah mereka

6. Meminta anak-anak berlari untuk mendapatkan perlindungan ke rumah orang yang dikenali sekiranya ada terdapat sebarang kecurigaan

7. Menetapkan laluan beraya atau menghantar sendiri anak-anak yang ingin beraya. 

- sumber The Asian Parent Malaysia, Utusan Malaysia 6 Julai 2017

Hak Milik Mawar Melati 2015. Powered by Blogger.