7 Tip mudah untuk putihkan gigi

Sekarang banyak sangat cara untuk putihkan gigi. Namun, apa yang lebih terbukti kaedah lama, cara tradisional lebih berkesan berbanding dengan cara moden yang banyak menelan kos yang tinggi kerana peralatan yang serba canggih. Walaupun berkesan, namun kosnya amatlah tinggi dan mahal. 

Di sini Mawar nak kongsikan beberapa tips tampak lebih putih dan berseri yang dipetik dari artikel Berita Harian 13 Jun 2017

1. Amalkan makan buah-buahan yang rangup seperti epal, brokoli dan lobak. Di dalam epal ada asid malik yang mana bahan kimia ini banyak digunakan dalam produk pemutihan gigi. Manakala lobak dan brokoli pula memang agen pemutih gigi semulajadi.  

Makanan ini boleh mengasingkan gula dan bahan kimia yang menyebabkan kotoran dan kaviti. Jadi amalkan makan lobak, epal dan brokoli. Selain gigi nampak putih berseri, kulit lagilah berseri-seri. 

2. Berkumur selepas makan untuk mengelakkan sisa makanan melekat pada gigi yang akan menyebabkan gigi berlubang. Jadi selepas berkumur, pastinya gigi bebas dari kotoran dan lebih nampak berseri.

3. Gosokkan strawberi pada gigi sebelum memberus gigi. Strawberi juga adalah agen pemutih gigi semulajadi. 

4. Amalkan makan kismis. Pengambilan kismis secara konsisten boleh membantu mengurangkan plak dan menghalang plak dari menjangkiti gigi. Kismis berfungsi membantu meningkatkan pengeluaran kalenjar air liur. 

5. Minum susu dan yogurt setiap hari. Pengambilan kedua-dua produk ini akan menjadikan gigi tampak berkilau dan bebas dari kaviti. Ini kerana mineral seperti kalsium dan fosforus akan membantu menguatkan enamel gigi. 

6. Ambil sekeping keju selepas makan. Pelik tapi benar, petua ni jika diamalkan dapat menghalang gigi dari rosak dan menggalakkan pemprosesan enamel yang menjadikan gigi lagi bersinar. 

7. Amalkan membuat pemutihan gigi menggunakan soda bikarbonat dua minggu sekali. Soda bikarbonat juga merupakan agen pemutih gigi semulajadi. Jadikan pes soda bikarbonat dengan mencampurkan sedikit air dan secubit garam. Beruskan gigi selama satu minit dan bilas. Lihatlah perbezaannya. 

Selamat mencuba ye.

Hak Milik Mawar Melati 2015. Powered by Blogger.