4 langkah mudah untuk elakkan badan berbau



Kadang-kadang apabila kita berada di persekitaran yang ramai orang sama ada di dalam bas, di restoran, di dalam dewan, kita akan tercium bau yang membuatkan kita terpaksa menutup hidung. Atau pun kadang-kadang kita terperasan orang sekeliling kita menutup hidung apabila berada di sisi kita. Perkara sebegini tak sepatutnya berlaku.


Keadaan ini berlaku disebabkan badan kita kerap mengeluarkan peluh dan kita tak pula mengendahkan keadaan diri mungkin disebabkan kesibukan rutin harian.

Seeloknya, kita perlu menjaga kebersihan diri agar orang sekeliling kita senang dan selesa di sisi kita.

Menurut pakar, mereka yang mengalami masalah bau badan ini adalah berpunca daripada hormon pheromones yang bila dibiarkan ia akan mengeluarkan bau yang lebih kuat dan semakin kuat apabila kita berpeluh atau apocrine mula dijangkiti bakteria.

Perubahan hormon

Kebiasaannya adik-adik remaja yang kerap mengalami perubahan hormon dan mereka ini memang sentiasa aktif.

Sekiranya adik-adik remaja ini tidak menjaga kebersihan diri dan tidak pula memakai deodoran, bau badan makin bertambah menyakitkan hidung dan boleh berterusan sehingga dewasa.

Sebenarnya, menutup bau dengan wangian atau deodoran tidaklah mencukupi malah boleh mengundang lebih banyak bakteria membiak. Lagipun deodoran ini tidak seratus peratus dapat menghapuskan masalah bau badan yang dipercayai bermula dari ketiak.

Untuk pengetahuan, dalam rawatan moden, ada cara untuk mengatasi masalah ini sekiranya ianya sudah terlalu kritikal iaitu dengan membuat suntikan Lipo Vaser pada kawasan yang sangat berpeluh bagi mengurangkan aktiviti kalenjar peluh.

Cara mudah mengatasi bau badan

1. Kerap mandi
2. Elakkan memakai pakaian yang sama selepas mandi atau terlalu ketat. Seeloknya pakailah pakaian yang berunsurkan kapas.
3. Elakkan mengambil makanan yang tinggi kolin seperti bawang putih, daging, rempah ratus dan kekacang
4. Minum air putih secukupnya dan makan banyak makanan berserat serta lebihkan pengambilan buah-buahan.

Sumber - Berita Harian, 7 Jun 2017

Boleh terus hubungi atau wasap Mawar Melati 011-2083 1086 atau layari page facebook Vivix Shaklee Putrajaya
Hak Milik Mawar Melati 2015. Powered by Blogger.