Vivix dan Kanser



Vivix bukanlah ubat kepada kanser. Namun kandungan di dalam vivix yang berperanan untuk mencegah kanser dan membantu merencatkan sel kanser. 

Ada dua jenis kematian sel, salah satu daripadanya adalah apoptosis. Apoptosis ini dikatakan kematian sel secara semulajadi, bukannya secara paksaan. Contohnya, sel-sel yang telah matang, tua dan tidak lagi diperlukan akan mati secara apoptosis. 
Proses ini berlaku supaya sel-sel baru dan lama boleh diseimbangkan. Sel lama yang mati akan digantikan dengan sel-sel yang baru. Begitulah hukum alam. Sel yang mati akan mengecut dan dibuang keluar dari badan secara semulajadi melalui sistem perkumuhan. 


Satu jenis lagi jenis kematian sel iaitu Necrosis
Necrosis biasanya berlaku disebabkan faktor-faktor luaran seperti tangan yang luka, maka sel-sel pada tangan tersebut akan mati secara necrosis. Necrosis itu bermaksud kematian yang tidak dirancang. Kematian sel-sel baru secara mengejut. 

Contoh yang lain seperti ketika mengalami serangan jantung, saluran darah ke jantung tersekat, maka bahagian yang sepatutnya menerima bekalan darah pada waktu itu, sel pada bahagian itu mati secara nekrosis. 

Kebiasaannya, kesan necrosis ini akan menyebabkan badan mengalami keradangan dan kerosakan, contohnya gangren. Gangren ini banyak berlaku pada pesakit kencing manis. 

Darah yang sepatutnya sampai ke bahagian anggota yang sepatutnya, dan tidak menerima bekalan darah tersebut, maka sel pada bahagian tersebut akan mati. 

Kesan akibat kematian sel secara necrosis ini kadangkala tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dibuang. Sebab tu la, kita sering dengar, pesakit kencing manis, selalu kaki mereka dipotong. 
Necrosis berlaku akibat kecederaan pada sel, maka sel akan musnah. Ia berlaku secara paksaan dan akan menyebabkan kesan sampingan seperti keradangan (bengkak, kerosakan pada tubuh badan). 

Apoptosis berlaku secara semulajadi, hukum alam. Penggantian sel lama kepada sel baru. Ianya tidak mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik pada badan. 
Kanser berlaku disebabkan adanya sel-sel yang abnormal yang mana sel-sel ini termutasi. 


Sel-sel yang abnormal ini berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya disebabkan kecelaruan DNA atau sel sering terdedah dengan radikal bebas hingga menyebabkan berlaku kerosakan pada sel tersebut. 

Apabila sel-sel ini termutasi, ianya tidak akan musnah secara apoptosis. Sel-sel ini mula membiak berkali-kali ganda cepatnya dan menjadi tidak terkawal sehinggalah ia mula membentuk tumor.
Tumor ini lama-kelamaan menjadi kanser. Ia terjadi dalam jangka masa yang lama. Disebabkan itulah, kanser dikesan apabila sudah sampai tahap kritikal kerana ia sudah terlalu lama di dalam badan. 

Apakah cara untuk kita lindungi sel dari menjadi termutasi?

Caranya adalah dengan melindungi sel dari serangan radikal bebas supaya sel-sel badan kekal sihat. 
Kanser tidak boleh diwarisi, namun bagi mereka yang mempunyai keturunan yang mempunyai kanser, bermakna mereka berisiko tinggi untuk mendapat kanser kerana kanser ada dalam gen mereka. 

Cara untuk mengatasi berlakunya kanser, maka caranya adalah dengan menjaga kesihatan sel dari termutasi, mengamalkan gaya hidup sihat dan melindungi sel dari rosak akibat serangan radikal bebas. 
Kenapa Shaklee mengesyorkan Vivix kepada pesakit kronik termasuklah pesakit kanser?

Vivix bertindak dengan 4 cara antaranya: 

1. Membaiki dan melindungi sel DNA
DNA yang bercelaru akan membentuk sel kanser

2.  Kesan positif kepada pengawal genetik

3. Penghasilan tenaga (mitokondria)
Pesakit kanser perlu membuat kimoterapi. Kimoterapi ini akan mencetuskan apoptosis (kematian sel secara semulajadi) kepada sel-sel kanser. Namun, kimoterapi ini bukan sahaja membunuh sel jahat tetapi turut menyebabkan kematian sel-sel baik. 


Jadinya, pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi amatlah disyorkan mengambil vivix untuk menghasilkan tenaga kepada mitokondria. 

Mitokondria ini adalah pusat tenaga sel. Apabila sel bertenaga, maka badan akan bertambah sihat. 

Disebabkan pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi biasanya menjadi lemah, vivix disyorkan untuk mengembalikan tenaga. 

4. Melambatkan penghasilan AGE Protein


Kajian ada mengatakan resveratrol boleh membantu merencatkan sel-sel kanser. 

Jadinya adalah tidak salah kalau kita bermula dari sekarang mengamalkan vivix sebagai perisai diri untuk mengelakkan diri dari terkena penyakit kronik dan melindungi DNA kita menjadi bercelaru dan termutasi untuk hidup yang lebih bermakna dan bererti. 

Salam sayang, 
Vivix Shaklee Putrajaya - SID 1183675

Hak Milik Mawar Melati 2015. Powered by Blogger.