Personaliti Mengikut Jenis Darah

Darah O 

  • Mereka mempunyai tahap disiplin dan keutuhan diri yang menakjubkan.
  • Mereka mampu memberi tumpuan mendalam dan dapat menangani rintangan tanpa banyak kerenah.
  • Mereka seorang pemimpin yang kuat bekerja, teratur, tegas dan sering kali berjaya dalam banyak perkara.
  • Mereka amat mengutamakan kerja daripada banyak mementingkan masa bersuka-suka. 


Darah AB
  • Mereka melihat kehidupan ini dari persepsi yang agak berbeza dan mudah serta mengharapkan semua perkara tidak mendatangkan tekanan dan tidak menyusahkan mereka serta dapat menjimatkan tenaga dan usaha mereka. 
  • Inilah sebenar pendirian mereka yang agak cenderung mengambil pendekatan mudah.


Darah B
  • Mereka mempunyai ciri-ciri kekuatan yang melebihi kumpulan darah yang lain. 
  • Mereka amat mementingkan ketepatan, mutu kerja dan pencapaian tinggi dalam apa perkara yang dilakukan. 


Darah A
  • Mereka menggemari suasana keceriaan, keseronokan, ketenangan dan keamanan. 
  • Mereka mempunyai personaliti yang agak menarik.
  • Mereka amat mementingkan soal perhubungan sesama insan, mudah bergaul dan agak peramah serta senang didekati dan didampingi. 



Ini adalah hasil kajian yang telah dijalankan dan personaliti mengikut jenis darah ini bergantung pada pendedahan kepada persekitaran individu itu sendiri. 

Tujuannya adalah untuk kita tahu tentang kekuatan dan kelemahan diri kita secara mudah, cepat, tepat, berstruktur dan senang difahami berdasarkan kaedah kumpulan darah.
Hak Milik Mawar Melati 2015. Powered by Blogger.