MLM!!!...Nak ke Tak Nak...

Bagaimana nak memulakan perniagaan bisnes bagi yang baru jadi SID? 

Perkongsian dari Pengasas iReach, Master Lyna Noh yang telah mengambil produk Shaklee pada tahun 2007 dan beliau mula membina bisnes Shaklee pada tahun 2010. 

Dinobatkan sebagai Master Coordinator Shaklee pada tahun 2012 ketika itu beliau masih lagi bekerja sebagai jurutera, mempunyai tiga anak dan menetap di Kuala Lumpur.


Apa itu MLM?

Definisi MLM atau dalam konteks Shaklee, ia dikenali sebagai social marketing. 

MLM selalu dikaitkan dengan skim piramid, francais manusia, memperalatkan orang dan sebagainya. 

Hakikatnya, MLM adalah cara alternatif untuk memasarkan produk atau servis dengan fleksibel, dinamik dan menjimatkan kos kerana kita hanya menggunakan tenaga manusia untuk memasarkan produk tanpa perlu menggunakan media massa seperti iklan di kaca televisyen atau billboard kerana ia pasti menelan belanja yang besar. 

MLM adalah bisnes yang mencari rakan kongsi atau downline dengan menggunakan platform online atau offline untuk menjana sale. Sangat-sangat menjimatkan kan? 

Orang yang mencipta MLM ni, adalah orang yg bijak kerana ia membenarkan situasi yang menang-menang. Syarikat mencipta produk yang terbaik dan SID akan memasarkan produk untuk mendapat untung dan ganjaran yang diberikan oleh syarikat setelah SID mencapai sasaran yang ditetapkan oleh syarikat.

Sistem MLM telah bermula, setelah seorang peladang ingin memasarkan hasil dari ladangnya ke tempat lain. Peladang tersebut telah melantik ejen dari kampung-kampung sebelah untuk memasarkan hasil ladangnya tanpa perlu keluar dari kampung.  Ejen-ejen ini mula berasa seronok untuk memasarkan hasil ladang tersebut kerana mereka turut mendapat untung dari hasil ladang peladang tersebut.

Bermula dari situla bermulanya MLM. Begitulah juga dengan Shaklee yang sememangnya mempunyai hala tuju untuk memberi kebaikan kepada komuniti secara menyeluruh. 


Kebaikan MLM Shaklee

MLM adala perniagaan yang paling terbaik. Robert Kiyosaki mengiktiraf yang MLM adalah universiti bisnes yang mana ia telah melatih seseorang untuk menjadi pemimpin yang terbaik.

1. Sistem duplikasi - tak perlu berbelanja besar untuk belajar sesuatu, hanya perlu belajar dengan upline yang memang telah berjaya. 
2. Ada peluang membina empayar bisnes sendiri. 
3. Menggunakan konsep levarage. Contohnya, customer yang berada jauh dari kita, kita hanya perlu meminta ejen berdekatan untuk supply barang. 

Diharap perkongsian ini, dapat membuka minda kita tentang MLM Shaklee. 
Hak Milik Mawar Melati 2015. Powered by Blogger.