Kenali 6 Jenis Beras

Kebiasaannya, di dalam masakan masyarakat kita, penggunaan tepung gandum, tepung beras, beras, gula, minyak kelapa, kelapa, mee, kentang, ubi kayu, telur, sayur, bahan perisa, herba dan rempah ratus pasti ada. 


Kenali semua bahan-bahan kita gunakan dalam masakan, secara tak langsung kita akan tahu cara untuk memelihara nutrien dan menggunakannya untuk masakan berkalori rendah.

Jom kita kenal dulu, makanan asasi kita,iaitu beras.

Ada enam (6) jenis beras yang biasa kita guna dalam masakan, antaranya: 

  • Beras pendek
- Bentuk bijian yang pendek, gemuk dan hampir bulat. Jika dimasak dengan baik, ianya lembut, sedikit melekit namun kurang berkanji berbanding beras pulut. Kebiasaannya beras ini banyak digunakan dalam masakan Cina dan Jepun.

  • Beras panjang
- Saiz bijian panjang dan tirus - ukurannya empat kali lebih panjang daripada lebarnya. Nasi yang dimasak adalah lembut dan berderai. Beras basmati dikenali sebagai beras yang paling unggul kerana aromanya dan beras jasmine adalah pilihan terbaik untuk memasak nasi briyani.

  • Beras kisar
- Beras ini kaya dengan gula glukos ringkas. Kebiasaannya ia digunakan setelah sekam dan kulitnya dibuang. Ia kurang berkhasiat berbanding beras perang. 
  • Beras perang
- Beras ini antara beras yang paling berkhasiat kerana membekalkan banyak zat penting seperti kaya dengan serat, mineral, kalsium, vitamin B, riboflavin dan niasin. Ia juga merupakan sumber karbohidrat termasuklah lapisan kulit dan sekamnya.
  • Beras hancur
- Semasa proses pengilangan, beras hancur diasingkan daripada bijian penuh. Bijian hancur mengandungi kandungan serat dan nutrisi yang rendah.

  • Beras pulut
- Beras pulut ini ada dua jenis iaitu pulut hitam atau putih sederhana. Ia banyak digunakan dalam masakan pulut dan bubur. 


Tips memasak nasi

Sebelum memasak beras, rendamkan dulu beras di dalam air selama 15 - 30 minit dan toskan airnya. Langkah ini adalah untuk mengelakkan beras dari melekat ketika dimasak. 

Jangan mencuci beras berkali-kali kerana ia boleh menghilangkan khasiat beras. 

Tambahkan sedikit minyak (bijan) kepada beras yang dicuci untuk mengelakkan nasi dari melekat. 

Nasi yang dicampurkan dengan tiga (3) titik jus lemon boleh menjadikan nasi kelihatan putih.

Hak Milik Mawar Melati 2015. Powered by Blogger.