Hidup Untuk Makan atau Makan Untuk Hidup

Benarkah terdapatnya hubungkait  dan pertalian darah dengan diet pemakanan seseorang? 



Menurut kajian oleh Dr. Peter J. D'Adamo, seorang doktor perubatan berpengalaman, terdapatnya hubung kaiu darah dan pengambilan pemakanan ada banyak kebenarannya. 

Tulisan beliau dalam buku "Eat Right for Your Type" menjelaskan bahawa tubuh manusia memiliki kumpulan darah yang berbeza dan darah juga turut mempengaruhi jenis makanan yang berbeza. 




Lumrahnya, semua jenis makanan mengandungi bahan kimia yang boleh bertindak dan memberi kesan fisiologi kepada tubuh badan. 

Bertitik tolak dari itu, beliau telah berjaya menyakinkan orang ramai dan menjadikannya asas rujukan bagi mengikut pelan diet pemakanan yang disarankan iaitu bersesuaian atau serasi dengan kumpulan darah masing-masing. 


"Kaedah ini jelas sekali telah memberi kesan dan manfaat kepada sebilangan besar pesakit-pesakit beliau dan dengan hasil usahanya telah berjaya mempertingkatkan tahap kesihatan tubuh, mengurangkan berat badan, peningkatan tenaga dalaman tubuh badan dan berjaya mengurangkan penyakit-penyakit serta mampu untuk memanjangkan jangka hayat seseorang"

Apakah diet sesuai untuk kumpulan darah?


Lektin yang tidak bersesuaian dengan darah akan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, strok, hipertensi, kerosakan buah pinggang serta menjejaskan sistem imunisasi tubuh.

Dr. Peter D'J Adamo telah berjaya menyenaraikan pelan pemakanan realistik mengikut kumpulan darah dan berjaya menghindarkan pelbagai kesan lektin daripada pemakanan yang diambil. 

Bagi memudahkan proses pemilihan diet pemakanan yang sesuai, beliau telah mengkategorikan bahan makanan kepada tiga (3) jenis kumpulan iaitu: 

  • Makanan yang sangat baik (beneficial) 
    • Sebagai ubat atau penyembuh
  • Makanan Semulajadi (neutral)
    • Sebagai makanan yang baik
  • Makanan yang Patut Dihindari (avoid)
    • Sebagai racun yang memudaratkan tubuh badan



Makanan yang sangat baik (beneficial)

Darah O
1. Daging lembu
2. Daging kerbau
3. Daging kambing
4. Hati, jantung
5. Salmon
6. Kembong
7. Ikan merah
8. Ikan Siakap 
9. Ubi Keledek
10. Minyak bijan
11. Minyak zaitun
12. Bayam
13. Kailan
14. Brokoli
15. Labu Kuning 
16. Bawang putih 
17. Daun Parsley
18. Ubi Kayu

Darah A
1. Ikan kerapu
2. Mackerel
3. Ikan merah
4. Ikan salmon
5. Susu soya
6. Minyak bijan
7. Minyak zaitun
8. Tempe
9. Tauhu
10. Buah ceri
11. Lemon
12. Nanas
13. Plum
14. Kacang tanah
15. Kacang dal
16. Brokoli
17. Salad
18. Bawang putih
19. Labu kuning
20. Bayam
21. Lobak cina (turnip)
22. Teh hijau
23. Kekacang alfalfa
24. Aloe vera
25. Ginseng
26. Kopi
27. Kicap soya

Darah B
1. Kambing
2. Arnab
3. Ikan kod
4. Ikan kerapu
5. Ikan kembung
6. Ikan Sardin
7. Susu kambing
8. Susu lembu
9. Dadih (yogurt)
10. Minyak zaitun
11. Kacang ginjal
12. Oat 
13. Nasi

Darah AB
1. Ayam
2. Itik
3. Angsa
4. Kambing
5. Ayam belanda
6. Ikan kerapu
7. Ikan merah
8. Ikan sardin
9. Siput
10. Susu kambing
11. Buah zaitun
12. Buah berangan (chestnut)
13. Kacang tanah
14. Walnut
15. Kacang dal
16. Ceri
17. Anggur
18. Ceri 
19. Anggur
20. Prun (plum)
21. Serbuk kari
22. Daun parsli
23. Minyak jagung
24. Minyak kacang tanah
25. Minyak bijan
26. Oat
27. Nasi
28. Brokolo
29. Kubis bunga
30. Timun
31. Bawang putih
32. Cendawan
33. Ubi keledek
34. Tempe
35. Tauhu 
36. Ubi keladi
37. Kacang soya
38. Kacang alfalfa
39. Ginseng
40. Halia 
41. Kopi
42. Teh hijau

Makanan yang patut dihindari

Darah O
1. Daging Angsa
2. Ikan Keli
3. Sotong 
4. Ikan alu-alu (barracuda)
5. Tepung gandum
6. Kentang
7. Jagung
8. Susu kambing
9. Susu lembu
10. Keju Cheddar
11. Aiskrim
12. Minyak jagung
13. Kacang ginjal 
14. Kacang dal
15. Ubi kentang
16. Tauge
17. Daun bawang
18. Kubis bunga
19. Avokado
20. Kubis
21. Kacang tanah
22. Buah berangan (chestnut)
23. Dadih (yogurt)
24. Minyak kelapa 
25. Minyak kacang tanah

Darah A
1. Kambing 
2. Angsa
3. Puyuh
4. Arnab
5. Itik 
6. Ikan bilis
7. Ikan alu-alu (barracuda)
8. Ikan keli
9. Ketam
10. Udang karang (lobster)
11. Belut
12. Sotong
13. Udang
14. Kacang gajus
15. Kacang pistachio
16. Kacang ginjal
17. Kubis
18. Cendawan 
19. Ubi kentang
20. Ubi keledek
21. Mentega
22. Keju cheddar
23. Aiskrim
24. Susu lembu
25. Minyak jagung
26. Pisang
27. Kelapa
28. Mangga
29. Buah limau
30. Betik
31. Lada hitam
32. Cuku
33. Mayonis
34. Jeruk
35. Teh hitam
36. Air bergas
37. Kacang kola
38. Tomato

Darah B
1. Puyuh
2. Ikan bilis 
3. Ikan alu-alu (barracuda)
4. Ketam 
5. Belut
6. Udang kara
7. Sotong
8. Ikan siakap (seabass)
9. Siput
10. Aiskrim
11. Avokado
12. Buah zaitun
13. Labu
14. Jagung manis
15. Tomato
16. Taufu
17. Kacang gajus
18. Kacang hazel
19. Kacang tanah
20. Kacang pistachio
21. Kacang dal
22. Barli 
23. Empingan jagung
24. Roti jagung
25. Ubi kayu
26. Pisang kaki
27. Belimbing
28. Aloe vera
29. Kelapa
30. Air bergas 
31. Kacang kola

Darah AB
1. Daging lembu
2. Daging kerbau
3. Puyuh
4. Ikan bilis 
5. Ikan alu-alu (barracuda)
6. Kepah (clams)
7. Ketam
8. Belut
9. Cuka
10. Tiram
11. Ikan siakap (seabass)
12. Udang
13. Mentega
14. Aiskrim
15. Avokado
16. Jagung manis
17. Lada
18. Kelapa 
19. Jambu batu
20. Mangga
21. Pisang kaki
22. Belimbing
23. Jeruk
24. Aloe vera
25. Air bergas
26. Kacang kola
27. Ubi kayu
28. Kacang hazel
29. Kacang ginjal 

Kesimpulannya, tak semua makanan itu baik untuk kita, juga baik untuk orang lain. Malah mendatangkan racun dan toksik pula. 

Seperti kata pepatah ini "One man's meat is another man's poison."

Hak Milik Mawar Melati 2015. Powered by Blogger.