4 elemen untuk hidup sihat

Hidup yang sihat bukan hanya tertumpu pada hidup yang tiada penyakit, tetapi sihat tubuh badan, sihat minda dan emosi serta sihat rohani. Keempat-empat elemen ini perlu seiringan dan saling memerlukan di antara satu sama lain. 


Sekarang, rakyat Malaysia sudah ramai menghidapi penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser. Tak kira lelaki atau wanita, tak kira kanak-kanak atau dewasa, setiap detik, ada di antara kita yang menjalani kehidupan yang mendesak dan penuh stres. 


Namun, setiap orang mengimpikan dan ingin menikmati kesihatan yang lebih baik, penuh bertenaga dan bersemangat, selain peningkatan dari segi kesejahteraan, penampilan dan gaya hidup.

Caranya adalah dengan : 

1. Kurangkan berat badan berlebihan
2. Kurangkan pengambilan makanan berlemak
3. Amalkan kaedah memasak kurang minyak
4. Amalkan kehidupan yang cergas
5. Amalkan pemakanan sihat


Empat (4) elemen untuk hidup sihat : 

1. Fizikal - tubuh badan dan lima deria (menyentuh, melihat, merasai, menghidu dan mendengar)

2. Emosi - perasaan dan emosi terhadap ketakutan, kemarahan, kasih sayang dan keceriaan

3. Mental - pemikiran dan pengetahuan, sikap, kepercayaan dan kemampuan menganalisa diri

4. Kerohanian - perhubungan dengan Allah dan matlamat hidup kita

Sekiranya salah satu elemen tersebut terganggu, maka ia mampu memberi kesan kepada elemen yang lain. 

Contohnya, jika kita terlantar di hospital kerana sakit (fizikal), ia boleh menyebabkan kemurungan (emosi) atau apabila marah atau sedih, boleh menyebabkan sakit kepala (fizikal). 

Perkaitan ini disebut sebagai perhubungan minda dan fizikal. 

Jadinya, setiap elemen perlu diberi perhatian dan penjagaan demi hasil kesihatan yang menyeluruh. 

1. Fizikal - memerlukan cara pemakanan dan memasak dengan betul, berat ideal, senaman dan tidur.

2. Emosi - perlu beri dan terima kasih sayang dan ihsan dan perlu ceria.

3. Mental - memerlukan pemikiran dan pandangan yang positif dan imej diri yang positif.

4. Kerohanian - memiliki kesedaran terhadap diri sendiri, ketenangan dalaman dan penyerahan diri yang penuh kepada Allah.

Oleh yang demikian, untuk kehidupan yang sihat, nak tak nak kena kawal kehidupan kita. Perlakuan dan pilihan yang dibuat akan memberi kesan kepada kehidupan kita terutama dari segi elemen fizikal. 


Elemen fizikal ini amat memerlukan : 

1. makanan yang berkhasiat dan seimbang serta jumlah makanan yang wajar diambil
2. senaman fizikal yang tekun dan memberi manfaat
3. Tidur dan rehat yang cukup

Makanan yang berkhasiat
Makanan adalah keperluan asas dan industri makanan ini boleh memperolehi keuntungan yang berlipat kali ganda. Ini semua berlaku disebabkan kita menjadikan makanan sebagai tujuan utama dalam hidup. 

Kebanyakan dari kita kini hidup untuk makan dan bukannya makan untuk hidup. 

Amat sukar kita mengawal selera makan apabila pelbagai makanan yang mudah diperolehi di negara kita.

Tidak ramai yang akan memilih ayam rebus atau salad sekiranya terdapat pilihan ayam goreng, rendang atau pastri rangup. 

Minda kita mudah terlupa untuk mengira atau mengimbangi lebihan kalori. 

Kebiasaannya, kita akan belajar membiasakan diri dengan rasa tidak selesa disebabkan pemakanan yang tidak betul. Apabila ketidakselesaan itu bertukar kepada penyakit, kita mula mencari ubat atau berjumpa doktor untuk mendapatkan kelegaan bagi tubuh kita. 

Dalam era teknologi moden, sebilangan besar dari kita sedar akan diet yang kurang menyihatkan namun tiada kekuatan diri untuk menghentikan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan penyakit.

Hak Milik Mawar Melati 2015. Powered by Blogger.