10 Makanan untuk Merendahkan Kolestrol

Badam 
- ia kaya dengan lemak mono tak tepu yang berfungsi untuk menurunkan kolestrol.

- perlu diingat, buang kulit badam dahulu sebelum makan.



Epal Merah
- epal mempunyai kandungan pektin yang tinggi untuk menurunkan kolestrol.

Legum
- kajian yang dibuat menunjukkan legum mempunyai enam unsur yang boleh membantu menurunkan kolestrol secara konsisten.



Lobak Merah
- dapat membantu menurunkan kolestrol yang jahat (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL).


Bawang Putih
- Boleh dimakan sama ada secara mentah atau dimasak.


- Enam unsur di dalam bawang putih tersebut telah dikenalpasti dapat menurunkan kolestrol dengan mengurangkan sintesis kolestrol hati. 


Minyak Zaitun
- kaya dengan lemak mono tak tepu. 


Bawang Besar
- memakan setengah biji bawang besar mentah dapat memberi rawatan terbaik untuk penghasilan kolestrol HDL.

- jika seseorang itu tidak mampu untuk memakan setengah biji bawang mentah setiap hari, dia boleh mengambil kurang daripada itu.

- walau sebanyak mana pun ia diambil, ia tetap mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL).


Kacang Soya 
- salah satu makanan terbaik untuk menurunkan kolestrol.

- ia kaya dengan lecithin.

- lecithin adalah bahan makanan berlemak yang amat berguna untuk kes-kes peningkatan kolestrol. 


- ia berupaya untuk memecahkan kolestrol menjadi pecahan kecil yang mudah untuk dikendalikan oleh sistem badan.

-pengambilan lecithin yang mencukupi, kolestrol tidak dapat membentuk pada dinding arteri dan vena. 


- ia juga dapat meningkatkan penghasilan lemak hempedu yang sepatutnya dihasilkan oleh kolestrol, seterusnya mengurangkan jumlahnya dalam darah. 


Biji Bunga Matahari
- isirung bunga matahari mempunyai kepekatan protein yang tinggi, kaya dengan fosforus dan ferum serta merupakan sumber vitamin B-kompleks.

- ia mengandungi sejumlah besar asid linoleik, yang merupakan lemak yang membantu mengurangkan mendapan kolestrol pada dinding arteri. 

- menggantikan lemak pepejal seperti mentega dan krim dengan biji bunga matahari bukan sahaja dapat membantu mengawal kolestrol tetapi dapat meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. 


Ikan Air Sejuk
- asid lemak omega 3 dan 6 tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. 


- omega 3 hanya boleh didapati di dalam beberapa jenis makanan sahaja, khususnya ikan air sejuk dan pada ikan yang berminyak seperti tuna, salmon dan tenggiri. 

- omega 3 dan 6 mampu mengurangkan tahap kolestrol di dalam aliran darah. 


Ingin tahu apa makanan yang sesuai mengikut darah, boleh klik, hidup untuk makan atau makan untuk hidup



Hak Milik Mawar Melati 2015. Powered by Blogger.