Bagaimana Untuk Jadi Akauntan Bertauliah?


Bidang perakaunan adalah salah satu daripada cabang kerjaya yang terbukti tidak terjejas teruk ketika zaman kegawatan ekonomi. 


Walaupun keadaan ekonomi tidak stabil, dari gergasi korporat sehingga ke perniagaan kecil, akauntan bertauliah sentiasa diperlukan untuk memberikan khidmat nasihat perniagaan agar perniagaan dapat dikekalkan. 




Ini bermakna perakaunan adalah kerjaya yang mampu membuka seribu peluang. 



Negara kita masih memerlukan lebih ramai lagi akauntan yang berkelayakan. 



Menjadi Akauntan Bertauliah



Sebaik sahaja anda lulus pada peringkat ijazah dalam bidang perakaunan, anda boleh diiktiraf sebagai akauntan bertauliah yang mampu memiliki firma perakaunan dan audit. 



Untuk menjadi seorang akauntan bertauliah, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan dan lulus dalam siri ujian profesional. 



Kelayakan perakaunan profesional termasuk : 


  • Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
ACCA adalah pertubuhan global bagi akauntan profesional yang mula ditubuhkan di United Kingdom (UK) pada 1904.



Kelayakan ACCA lebih memfokuskan kepada nilai profesional, etika dan tadbir urus. 



Untuk melayakkan anda menjadi ahli ACCA, anda perlu menduduki 14 peperiksaan (9 adalah layak untuk pengecualian), memerlukan pengalaman praktikal dan modul etika profesional. 



Akauntan yang memiliki kelayakan ACCA boleh menjadi ketua pegawai kewangan dan pengarah juru audit, usahawan, akauntan forensik, penasihat perniagaan dan pelbagai jawatan berkaitan. 



Kelayakan ini secara automatik memberi keahlian dalam Institut Akauntan Malaysia (MIA). 


  • Certified Public Accountant (CPA) Australia
Ini adalah kelayakan kewangan, perakaunan dan perniagaan profesional menandakan kecekapan profesional yang tinggi dan diiktiraf pada peringkat antarabangsa.



Program CPA terdiri daripada beberapa tahap iaitu tahap asas, profesional dan pengalaman amali yang membolehkan seseorang itu memiliki kelayakan CPA. 



Selepas menamatkan program, seseorang itu mampu berfikir secara strategik dan menempatkan diri anda sebagai ketua dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan industri, sektor awam, perbankan, kewangan dan pasaran modal, insuran, perkhidmatan perundingan kewangan, pendidikan, teknologi maklumat dan sebagainya. 



Kelayakan ini secara automatik memberi keahlian dalam Institut Akauntan Malaysia (MIA).


  • Charted Institute of Management Accountants (CIMA)
Adalah kelayakan pengurusan perakaunan profesional dari UK yang mentafsirkan maklumat kewangan bagi membuat keputusan perniagaan. 



Kelayakan ini menyediakan kerjaya dalam bidang perniagaan.



Untuk layak, anda perlu menyediakan 15 modul dan mempunyai pengalaman kerja selama 3 tahun.



Secara purata, ia mengambil masa selama 4 tahun bagi menamatkan kursus ini. 


  • Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW)
Kelayakan profesional sebagai akauntan perniagaan atau kewangan lebih dikenali sebagai kelayakan ACCA.



Kelayakan ini membolehkan seseorang akauntan itu memberi panduan kepada individu, organisasi dan masyarakat dalam perniagaan.



Jangka masa kursus ini adalah satu setengah tahun termasuk latihan selama 3 bulan.



Bagaimanapun, program pembelajaran berterusan ini memerlukan seseorang itu menunjukkan kemajuan dalam merangka Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) selepas mendapat kelayakan ACCA.


  • Malaysian Association of Certified Public Accountants (MICPA)
Adalah kelayakan untuk latihan akauntan Malaysia menjadi rakan kongsi perniagaan.


Terdapat empat modul kursus untuk diselesaikan dan anda diberi tempoh maksimum 8 tahun untuk melengkapkannya sebelum layak bergelar Akauntan Professional Bertauliah (CPA).

Kelayakan ini membuka ruang kepada pelbagai sektor termasuk perdagangan dan industri, sektor awam,perbankan,kewangan,pasaran modal dan lain lain.


Petikan Berita Harian Oktober 2016
Hak Milik Mawar Melati 2015. Powered by Blogger.