9 Panduan Mengembara Backpacker

Ramai berpendapat melancong adalah aktiviti mereka yang berduit dan golongan berada, walaupun hakikatnya dengan perbelanjaan terhad atau bajet yang kurang, sesiapa saja boleh mengembara. 


Tambahan pula, sekarang banyak syarikat penerbangan menawarkan tambang murah yang membolehkan sesiapa saja terbang ke destinasi percutian diingini.

Pakej percutian yang ditawarkan syarikat pelancongan juga semakin menarik dan berpatutan, malah tempahan bilik penginapan juga boleh dibuat secara dalam talian dengan kos mampu milik. 

Salah satu cara melancong dengan perbelanjaan yang murah adalah kaedah "backpack" atau pengembara beg galas. 


Kaedah ini semakin digemari golongan muda, bukan hanya murah tetapi menawarkan pengalaman lebih menarik. 

1. Sebelum memulakan pengembaraan kumpul maklumat sebanyak mungkin tempat yang bakal dikunjungi seperti lokasi, pengangkutan, penginapan dan tukaran mata wang.


2. Buat tempahan awal penginapan sama ada melalui panggilan telefon mahupun tempahan dalam talian (online). 

Seeloknya cetak salinan untuk tempahan yang sudah dibuat bagi rujukan ketika tiba ke destinasi yang bakal dikunjungi. 

Boleh juga simpan rujukan tempahan dalam telefon pintar. 

Ini dapat menjimatkan masa daripada pergi ke pusat maklumat pelancongan bagi mendapatkan peta, lebih-lebih lagi jika terpaksa beratur panjang kerana orang ramai. 

3. Buat tukaran wang asing terlebih dahulu bukannya di lapangan terbang atau mana-mana lokasi sepanjang perjalanan pengembaraan kerana ia mendedahkan risiko menjadi mangsa pencopet. 


4. Simpan maklumat dan nombor telefon penting jika berlaku kecemasan termasuk nombor bank (bagi pengguna kad kredit jika kehilangan kad), insurans pengembara, alamat dan nombor telefon kedutaan tempat dikunjungi. 

Mungkin maklumat berkenaan tidak penting bagi percutian, tapi manalah tahu jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. 

Seeloknya simpan bersama dengan pasport. 

5. Pencopet atau penyeluk saku ada dimana saja, jadi dinasihatkan elakkan meletakkan beg duit di tempat yang mudah dilihat pencuri. 

Jangan letak dompet dalam poket belakang seluar mahu saku beg galas sebaliknya letakkan dalam saku bahagian dalam baju atau seluar. 


Jika melalui jalan yang dipenuhi orang ramai letakkan tangan dalam poket dan elakkan meletakkan dompet atas meja jika makan di kawasan yang sibuk. 

6. Selain wang tunai, bawa bersama kad kredit atau mana-mana kad debit atau kad ATM sebagai pengganti wang atau bantuan ketika kecemasan. 

Namun, simpan secara berasingan. 

7. Jangan simpan wang mahupun kad kredit atau kad bank dalam satu bekas yang sama. Asingkan kepada beberapa bekas yang lain. 

8. Imbas semua dokumen penting anda dan kemudian emel kepada diri sendiri. Letakkan dalam satu fail bagi memudahkan ia dicari jika berlaku kecemasan. 


9. Lagi sikit barang lagi mudah. Gunakan konsep ini untuk mengemas beg galas sebelum keluar melancong. 

Sumber : Petikan Harian Metro Disember 2016

Popular posts from this blog

Betong, Yala, Thailand - 6hb Disember 2014

Sticky

Review NUTRIWHITE (Cleanser, Toner + Pelembap)