Pentingnya Bersenam

Berdasarkan kajian The Lancet, Malaysia dikategorikan "heavyweight" dengan 45.3 peratus daripada populasinya mengalami masalah berat badan berlebihan akibat amalan gaya hidup yang tidak aktif.

Aktiviti fizikal amat penting kepada kanak-kanak dan remaja bagi meningkatkan kecergasan otot, tulang dan kesihatan jantung. 

Dua (2) hingga tiga (3) kali seminggu, orang dewasa perlu bersenam walaupun berhadapan dengan rutin harian yang sibuk. 

Ini adalah untuk merendahkan risiko sakit jantung dan diabetes tahap 2 malah dapat mengurangkan risiko kanser usus dan payudara. 


Usia bukanlah alasan untuk kekal sihat. Warga emas yang aktif bersenam dapat mengurangkan risiko tekanan perasaan, alzheimer dan nyanyuk. 

Walaupun bersenam itu bagus, namun adalah lebih baik elakkan bersenam melebihi had keupayaan badan kerana berkemungkinan akan melemahkan tahap imunisasi badan kita. Dalam seminggu, adalah disarankan perlu ada rehat tanpa senam.


Senaman "squats", iaitu mengekalkan tangan di posisi hadapan dan pastikan lutut tidak melebihi jari kaki ketika sedang melakukan posisi hampir duduk dapat membantu menyingkirkan bahan buangan dari badan. 


Aktiviti ini mampu memperbaiki aliran cecair dalam badan dan memudahkan penyingkiran najis dalam usus.

Cuba dapatkan 2 jam 30 minit untuk aktiviti senamrobik tahap sederhana setiap minggu untuk kekal aktif dan sihat.

Selain senamrobik, berjalan pantas, menari, berenang, dan kerja-kerja pembersihan kawasan keliling rumah juga termasuk dalam aktiviti tahap sederhana.

Jadinya, marilah kita bersenam dan kekal sihat. 

Petikan dari Gaya Hidup Yakult Mei 2016

Popular posts from this blog

Betong, Yala, Thailand - 6hb Disember 2014

Sticky

Review NUTRIWHITE (Cleanser, Toner + Pelembap)