Bingkisan Kasih ASAS Bersama Gelandangan

Last time, pada 16 Disember 2016 (Jumaat), Mawar Melati berpeluang untuk join program Sebingkis Kasih ASAS Bersama Gelandangan. 
Program ni dianjurkan oleh warga Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS) yang mana orang kuatnya adalah anak kepada Tan Sri SM Salim, iaitu Kak Siti Noraishah yang memang aktif dalam kerja-kerja kebajikan di dalam dan di luar negara.
Orangnya amat humble dan senang didekati.  

Program pada malam tu, telah diadakan di hadapan perkarangan CIMB Bank Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, Kuala Lumpur, bersebelahan dengan Tune Hotel. 
Program ini diketuai oleh Mr. Khai, dibarisi dengan Kak Kusma dan Dr. Ereen dan ramai lagi sukarelawan yang lain yang asing bagi Mawar Melati. 


Maklumlah, ini adalah program ketiga yang diikuti. Sebelum ni, program Hari Sukan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) dan Sebingkis Kasih ASAS bersama Gelandangan pada bulan November yang lepas.

Pada malam tu, kami mendapat sumbangan 450 pax nasi putih lauk ayam, spageti dan mee goreng dari Kembara Kitchen, Kota Kemuning, Shah Alam. 
Alhamdullillah... moga murah rezeki Kembara Kitchen dan insan-insan yang terlibat dalam program ni.

Kebiasaannya, pada malam minggu macam ni, akan ada NGO yang datang mengagihkan makanan untuk gelandangan ni. 

Dan pada malam itu pun, memang ada NGO yang agihkan makanan untuk gelandangan Chowkit. 
Makanya, makanan yang kami bawa tu, tak habis. Kami terpaksa beralih tempat agihan. Kali ni ke Masjid Negara. Disana, ramai jugak homeless
Dan difahamkan, kat sana pun, da ada NGO yang telah edarkan makanan untuk diorang. Uish.. banyak lagi ni makanan yang belum diagihkan.

Dah...kami beredar ke Kolej Segi, Jalan Hang Lekiu, pulak. Di kawasan ni, ada ramai gelandangan yang pelbagai kaum. Ada Melayu, India, Cina dan pendatang asing.
Pada waktu kami sampai di sana, diorang da bersiap-siap untuk tidur dan memang da ada yang terlena tanpa dibaluti selimut pun. Badan hanya berlapikkan kotak dan berbantalkan beg sahaja. Uishh.. sejuknya. 

Jauh di sudut hati, timbul rasa sedih, macamana diorang tido kalau hari hujan?

Sebenarnya kan, gelandangan aka homeless ni, bukannya mereka ni tidak bekerja atau malas nak bekerja. Actually, mereka bekerja dan tidak mengharapkan 100% bantuan dari NGO atau simpati masyarakat, cuma mereka ini tidak mampu untuk menyewa rumah dan mentenance rumah. Gaji yang mereka dapat tu, cukup-cukup makan je. 

Lebih kurang pukul 11.00 malam, selesai la misi kami untuk kali ini. Sepanjang perjalanan balik, Mawar Melati bermunasabah, betapa pentingnya usaha menabung wang dalam keadaan yang semua benda perlukan duit. 

Pentingnya sikap berjimat cermat, kan? 

Oklah, hanya setakat ni je dulu, sharing Mawar Melati tentang ASAS.

Popular posts from this blog

Betong, Yala, Thailand - 6hb Disember 2014

Sticky

Review NUTRIWHITE (Cleanser, Toner + Pelembap)