4 Tips Jaga Perabot Rotan Lebih Tahan Lama

Penggunaan perabot rotan dalam dekorasi kediaman, pejabat dan pusat peranginan amat digemari kerana ianya ringkas dan mudah disuai padan dengan hiasan yang lain.  


Terdapat tiga jenis rotan yang utama yang sering dibuat perabot iaitu Manau, Mantang dan Segamas. 

Manau merupakan spesis rotan yang paling besar dan saiz ukur lilit boleh mencecah 20 hingga 30 mm. 


Rotan ini amat sesuai digunakan untuk membuat perabot kerana lembut dan mudah dilenturkan. 

Mantang pula mempunyai saiz ukur lilit dari 10 hingga 15mm yang digunakan untuk membuat kraf tangan yang bersaiz besar dan anyaman kerana ianya lebih liat dan keras.


Segamas pula bersaiz ukur lilit 10mm. Rotan ini paling sesuai untuk dibuat anyaman. 


Perabot rotan yang dijaga dengan baik mampu menjangkau hayat lebih dari 10 tahun. 

Ini adalah antara tips penjagaan perabot rotan yang mudah dan jimat. 


1. Basuh dan Berus
Membasuh dan memberus rotan untuk mengeluarkan kotoran dan kulat yang tumbuh pada permukaan rotan.  

Kulat ini akan mengakibatkan perabot dan rotan kelihatan kusam. 


2. Keringkan dengan sinaran matahari selepas dilapkan hingga kering. 

Namun jangan jemur terus pada cahaya matahari atau melebihi 36 jam kerana ianya akan merosakan perabot rotan itu sendiri. 


3. Semburan Polyglaze
Selain itu ada cara lain selain menggunakan air untuk mencuci rotan, boleh juga menggunakan polyglaze yang boleh menampakkan perabot rotan kelihatan baru, bersih dan berkilat. 

Polyglaze ini boleh didapati di pasaraya atau pun di kedai-kedai hardware.


4. Pilih Rotan Berwarna Neutral
Jika anda seorang yang mudah bosan dan suka menukar perabot rumah, seharusnya beli perabot raton yang berwarna semulajadi. 

Ini kerana, dengan warna semulajadi rotan, memudahkan untuk mengecat warna lain pada perabot rotan tersebut dan secara tak langsung dapat menjimatkan wang. 

Ini adalah petikan dari  Berita Harian 25 November 2016
Untuk keterangan lanjut, boleh layari www.kraftangan.gov.my

Popular posts from this blog

Betong, Yala, Thailand - 6hb Disember 2014

Sticky

Review NUTRIWHITE (Cleanser, Toner + Pelembap)