Alternatif Untuk Kudis Buta




Si ibu terdesak menggunakan vivix untuk mengatasi masalah kudis buta setelah semua ubat-ubatan klinik tidak berjaya memulihkan masalah jangkitan kudis buta. 

Ini namanya ikhtiar. Tak de salahnya mencuba, sebab vivix merupakan supplemen berasaskan tumbuh-tumbuhan organik. Dan ternyata ianya berkesan membasmi jangkitan kudis buta.


Apa kata kita baca dulu kisah kudis buta ni. 

Kenapa kudis aka scabies ni dikenali sebagai kudis buta? Kenapa tidak nama lain. 

Rupa-rupanya, apabila menjelang malam je, rasa gatal dan miang akan menjadi-jadi. Dalam keadaan pejam pun, tangan boleh tergaru sana, tergaru sini. Alahai kesiannya.

Yang tambah kesiannya lagi, apabila kudis tu mula berwarna merah, berlubang dan bernanah. 



Kudis buta ni sering menjangkiti bayi dan kanak-kanak dan boleh juga menjangkiti semua ahli keluarga samada kecil atau dewasa. Kudis buta mula berjangkit dan merebak menerusi sentuhan kulit, perkongsian bilik, tempat tidur dan pakaian. 

Hama Sarcoptes Scabiei merupakan hama kudis buta ataupun nama modennya Scabies. Hama tersebut akan mati dalam tempoh 48 - 72 jam sekiranya tiada sentuhan dengan mana-mana manusia. 



Namun, apabila ia berjaya naik ke badan manusia, ianya kan menyelinap di bawah kulit dan mampu hidup selama dua bulan. Ia hidup dengan menghisap darah dari mangsanya.

Hama jahat ini amat suka pada tempat yang terlindung dan sejuk, Kebiasaannya, kudis buta ni terjadi pada bawah paras leher hingga ke tapak kaki iaitu pada celah jari, tapak tangan, bahagian dalam pergelangan tangan, ketiak, sekitar pusat, siku, kaki, buku lali, kemaluan dan punggung. 


Sepanjang dua bulan di bawah kulit itulah, hama jahat ni akan berumah, bertelur dan beranak pinak dan menyebabkan kulit menjadi teramat gatal dan miang yang tak terkata. 

Dek kerana terlalu gatal, tangan tak henti-henti menggaru, hinggakan kulit menjadi luka dan berdarah. Bermula dari luka tersebut, kudis mula merebak dan hama berpindah ke bahagian kulit yang lain pula. (person-to-person transmission).


Cara Menghapuskan Hama Sarcoptes Scabiei 

1. Bunuh hama tersebut. 
Kebiasaannya doktor akan memberi ubat sapu. Ubat tersebut adalah racun serangga iaitu Malathion dan Benzoate perlu disapu rapi untuk memastikan tiada seekor pun hama yang terlepas dan mati dalam tempoh 24 jam. 

Apabila hama mati, jangkitan kudis buta akan mula surut dan reda. 

2. Cuci pakaian atau kelengkapan mangsa dengan air panas dan berkanji. Pakaian berkanji akan memberi rasa selesa pada kulit sensitif atau kuat berpeluh

3. Mana-mana kelengkapan yang tidak boleh dicuci, masukkan dalam beg plastik tertutup dan simpan selama 7 hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.

4. Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan menggunakan vakum. 

5. Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama mangsa harus dirawat untuk memastikan mereka tidak dijangkiti hama tersebut. 

6. Mandikan dan sapukan tepung ubi kayu pada mangsa untu mengurangkan rasa gatal dan miang. 


Antara ubat yang digunakan



i. Losen Permethrin (tidak boleh digunakan pada bayi berusia kurang dari 2 bulan)



ii. Losen Malathion



iii. Gamma Benzene Hexachloride (Lindane)



iv. Losen Benzyl Benzoate 



v. Losen Crotamiton (Eurax) 



vi. Piriton 



vii. Antibiotik

viii. Antihistamine



Tempoh rawatan 

Bagi orang dewasa, kegatalan akan reda memakan masa bertahun-tahun. Begitu juga dengan kulit yang mana kulit akan menjadi gelap dan kasar. 

Adalah digalakkan sapu krim vitamin E untuk mengatasi masalah kulit tersebut selain membuat sapuan salt scrub semasa mandi untuk membantu mencerahkan semula kulit. 

Kalau tak nak beli, boleh je buat sendiri salt scrub ni. Lebih jimat dan bebas dari bahan kimia. Betul tak?



Pencegahan 

1. Perlu rawatan segera untuk mengelakkan ianya merebak
2. Perlu dikuarantinkan 
3. Kudis buta boleh berjangkit semula, jadi adalah perlu arahan rawatan dipatuhi.
4. Elakkan berkongsi pakaian atau barangan peribadi
5. Rendam pakaian dalam air panas
6. Jemur tilam, bantal dan permaidani di bawah terik matahari

Apa-apa pun, mencegah tu lebih baik dari mengubati. 

sumber : www.jasduit.com


Hak Milik Mawar Melati 2015. Powered by Blogger.