Posts

Showing posts from 2016

Pakar Nutrisi

Image
Bayangkan anda memainkan peranan sebagai penasihat kepada masyarakat dalam meningkatkan tahap kesihatan mereka melalui pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.

Kerjaya sebagia pakar nutrisi atau diet bukanlah pekerjaan remeh tetapi memerlukan pengalaman dan pendidikan terbaik khususnya bagi membentuk individu yang mampu memberi khidmat nasihat dalam menguruskan kesihatan optimum yang dikehendaki. 

Membantu seseorang memilih menu terbaik, mengandungi pelbagai zat dan nutrisi dan melarang mereka daripada mengambil hidangan tidak sihat bukan kerja mudah. 
Justeru, sebagai pakar nutrisi dan diet, anda harus bijak mengawal individu terbabit dengan kata dan tunjuk ajar berlandaskan konsep dan prinsip asas kesihatan yang betul. 

Tetapi jika itu yang anda gemarkan iaitu menjaga diet seseorang, pilihan kerjaya seperti yang disebutkan tadi layak untuk anda. 
Promosi Penjagaan Kesihatan 
Oleh itu, pakar nutrisi selalunya memainkan peranan penting dalam mempromosi penjagaan kesihatan dengan mencegah pe…

10 Sebab Doa Tak Dimakbul - Buku al-Ustaz

Image
Lalai ketika berdoa Tidak bersungguh-sungguh Kurang yakin dengan doa Tidak berselawat Perbelanjaan hidup daripada sumber haram Cepat berputus asa Melakukan syirik Tidak merendah diri ketika berdoa Kurang beradab ketika berdoa Memutuskan silaturrahim

Simpan Cara Betul

Image
Ramai pakar pemakanan bersetuju, cara penyimpanan makanan yang tidak betul, boleh menyebabkan ia mudah tercemar, sekaligus membuka ruang keracunan pada orang memakannya.

Sakit perut, muntah-muntah atau kehilangan air dalam badan antara kesan ketara  akibat makan makanan yang sudah rosak atau tercemar. 
Malah ada yang menemui ajal kerana lambat mendapatkan rawatan. 
Kadangkala makanan dibeli di pasar atau pasar raya sememangnya bersih tetapi kerana kita tidak menyimpan makanan dengan baik serta betul, maka kuman dan bakteria mudah menghinggapi. 

Makanan yang bersih adalah kunci kesejahteraan sekeluarga. 
Panduan penyimpanan makanan secara asas:
Arahan penyimpanan makanan pada label bungkusan, bukan hiasan semata-mata. 
Baca, fahami dan ikut arahan tertera sebelum dan selepas membuka bungkusan. 

Ada produk yang sesuai disimpan dalam ruang sejuk beku atau sesuai diletakkan di dalam bekas kedap udara sahaja. 
Bijirin
Umumnya, bijirin seperti beras, kacang dan tepung gandum perlu disimpan di dalam b…

Tips Jadi Blogger Sepenuh Masa - Azleen Abdul Rahim

Image
Nak jadi penulis blog yang berjaya kena ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan, antaranya : 

Minat
Penulis blog yang berjaya perlu ada minat yang tinggi untuk menulis. Keinginan mereka lebih tinggi dari keinginan untuk meraih pendapatan yang besar. 

Mereka menulis semata-mata kerana minat dan mereka menulis setiap hari. Minat yang mendalam akan membuahkan buah fikiran kreatif. 
Mereka mampu menulis 10 hingga 15 artikel setiap minggu. Setiap artikel tidak kurang dari 650 perkataan. 
Tumpukan pada subjek anda
Mereka tidak menulis berdasarkan apa yang terlintas di fikiran. Strategi sebegitu tidak akan berhasil untuk mencipta penjenamaan mereka sendiri. 
Mereka akan memilih subjek yang dekat dengan hati pembaca, yang mereka mempunyai kepakaran tinggi tentang sesuatu subjek tersebut, 

Contohnya, kepakaran tentang pemasaran digital, jadi semua artikel hanya berkisar tentang pemasaran digital, kandungan dan media sosial sahaja. 
Kongsi ilmu
Penulis berjaya suka berkongsi ilmu berdasarkan kepa…

Adakah Kita Sihat?

Image
Saringan kesihatan menyeluruh akan menghasilkan keputusan yang baik sekiranya siri ujian itu dilakukan oleh mereka yang profesional dalam penjagaan kesihatan.

Ujian saringan kesihatan yang perlu dilakukan oleh semua peringkat umur antaranya: 

Tekanan darah 
Tekanan darah tinggi (hipertensi) memaksa jantung mengepam darah lebih kuat dan lama kelamaan menjejaskan pembuluh darah di seluruh tubuh. 

Biarpun tubuh manusia boleh menerima kenaikan tekanan darah selama berbulan-bulan malah bertahun, tetapi lama-kelamaan ia boleh merosakkan jantung, buah pinggang, otak dan mata. 

Bacaan tekanan darah kita diukur oleh tekanan sistolik (bacaan atas) dan diastolik (bacaan bawah). 
Sebagai contoh, bacaan 120/80 adalah normal tetapi 140/90 dan lebih tinggi daripada itu menunjukkan mungkin kita menghadapi masalah tekanan darah tinggi. 
Sebaik-baiknya, setiap individu perlu memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya dua tahun sekali. 
Bagi mereka yang disahkan menghidap kencing manis, penyakit jantung, masala…

Singapore Dalam Satu Jam

Image
Kali ni, Mawar Melati nak kongsikan macamana cara nak masuk Singapura dengan menaiki motosikal. 
Asalnya, 24hb Disember hari tu, Cik Mas VHana Rider, baby Nisaq dan Kak Maz Hazim just nak pergi makan kenduri di Bukit Gambir, Tangkak Johor. 

Then nak masuk Johor Bharu untuk pusing-pusing kat area sana je. 
Dah alang-alang masuk Johor, Mawar Melati yang selalu pasang angan nak masuk Singapura dengan menaiki motorsikal, akhirnya dapat jugak. 
Baby Nisaq yang baru pulang dari Songkhla Thailand sudi nak realisasikan impian Mawar Melati. Mekasih taw, baby nisaq.. Muahss..

Ikutkan pada malam tu, selepas basah lencun bermandi hujan semasa on the way ke Johor Bharu dari Tangkak, memang kami akan masuk esok pagi ke Singapura. 
Tapi selepas, baju dibasuh dan dikeringkan di kedai dobi bawah bilik penginapan kami, baby Nisaq minta Mawar Melati bersiap-siap selepas makan malam @Hot Plate untuk masuk border

Pada mulanya, memang seronok dapat tengok Johor Bharu dari jambatan menghala ke border. Kitorang m…