B for Beauty



Pernah dengar tak pasal kebaikan vitamin B? Kalau dulu-dulu, Melati tak nak ambil vitamin ni. Rasanya pahit dan tak sedap. 



Tapi semenjak bersama Shaklee, Melati rasa best pulak ngan vitamin B ni. Jom kita baca skit pasal kebaikan kandungan vitamin B ni.

Kandungan B Complex

Actually, banyak penyakit boleh diselesaikan dengan vitamin B ni. B Complex ni ada 8 jenis vitamin di dalamnya antaranya B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12


Fungsi B1 - menukarkan karbohidrat kepada tenaga

Siapa yang sesuai ambil supplemen B Complex ni?Orang yang ingin jaga berat badan iaitu golongan yang ingin tukarkan karbohidrat kepada tenaga.




Apabila karbohidrat ditukarkan kepada tenaga, perut mula terasa lapar. Disebabkan perkara ini yang membuatkan orang tak berminat untuk mengambil B Complex kerana dibimbangi berat badan semakin bertambah.

Tetapi, sebenarnya bukan perut kita lapar, badan kita hanya memerlukan air yang secukupnya. Secara tak langsung, rasa lapar hilang. Pada waktu ini, pengamal B Complex perlu berdisiplin dengan meminum air secukupnya.


Fungsi B2 - Bagus untuk kesihatan kuku terutama bagi kuku rapuh dan mudah patah.


Fungsi B3 - Agen pelembap kulit. Bagus untuk kulit kering dan kulit yang ada masalah ekzema. Ekzema jenis kering boleh menyebabkan kulit bertambah gatal. Cara untuk mengelakkan kulit kering, amalkan pengambilan B Complex.


Fungsi B5 - Baik untuk jerawat. Sekiranya ada banyak sangat jerawat, disarankan ambil bersama vitamin Zink. Selain itu, ia juga bagus untuk penyembuhan luka. Boleh diambil bersama zink dan vitamin C.


Fungsi B6 - Anti stress. Juga sesuai diambil oleh ibu berpantang untuk mengelakkan sindrom meroyan. Ia juga dapat mengurangkan masalah morning sickness bagi ibu yang mengandung.


Fungsi B9 - Asid folik. Ibu hamil wajib mengambil B Complex untuk mengelakkan kecacatan janin. 



Fungsi B12 - Bagus untuk sel darah merah. Sekiranya HB rendah, disarankan ambil bersama vitalea dan vitamin C untuk kesan yang lebih baik. 

B Complex memang banyak manfaatnya kepada kita. Ia adalah vitamin yang larut air. Makin berwarna urin kita, makin banyak pengeluaran toksin dalam badan kita berlaku.

Cara makan 

Untuk kesihatan berpanjangan - 1 atau 2 tablet sehari
Untuk rawatan kesihatan (jerawat) - 3 - 4 tablet sehari

Kesan awal pengambilan B Complex

Badan mudah merasa mengantuk. Ini adalah proses pemulihan dan pembuangan toksin. Perlu minum air secukupnya. Mana-mana vitamin sekalipun, mempunyai kesan tindak balas yang berbeza pada badan masing masing. 



Popular posts from this blog

Betong, Yala, Thailand - 6hb Disember 2014

Sticky

Review NUTRIWHITE (Cleanser, Toner + Pelembap)