Ubat Sakit Mata Fucithalmic 5g


Kali ini Melati nak bercerita sedikit pasal ubat sakit mata yang amat berkesan. Gara-gara kulit limau, doktor telah berikan ubat Fucithalmic ini untuk disapukan pada sekitar mata yang burn.

Dalam ubat sapu ini mengandungi Fusidic Acid dan Benzalkonium Chloride. Melati cuba tanya dengan pak cik google tentang fusidic acid ni. 


Rupa-rupanya ia adalah antibiotik yang berasal dari fungus Fusidium Coccineum yang telah dibangunkan oleh Leo Pharma di Denmark dan dikeluarkan secara klinikal pada tahun 1960-an. 

Secara tepatnya, fucidic acid ini gunanya untuk menghentikan pertumbuhan bakteria staphylococcal yang menyebabkan jangkitan seakan ruam seperti impetigo, jangkitan di sekeliling mulut dan dermatitis. 
Benzalkonium chloride digunakan untuk merawat luka-luka kecil dan kesan terbakar. Pendek kata, ia merupakan antiseptik yang menghalang jangkitan. 


Namun, ianya tidak sesuai untuk merawat luka yang dalam, gigitan serangga atau kesan terbakar yang serius. 



Alhamdullillah, sekali sapu je, mata yang bengkak dan rasa rengsa terbakar sudah makin berkurangan. 

Melati oh Melati...
Hak Milik Mawar Melati 2015. Powered by Blogger.