Sticky


Pernah dengar tak pasal STICKY candy? Melati baru je cuba-cuba rasa Sticky ni. 

Rasanya masam-masam manis bergantung pada apa perisa yang kita pilih. 

Itu pun, selepas berkali-kali Inas, anak sulung Melati minta belikan. 

Melati tak berapa gemarkan gula-gula. Kalu coklat tu boleh la. Tapi gula-gula ni bagi Melati boleh buatkan gigi kita sakit, kan. 

Tambah-tambah tabiat Melati kalau makan gula-gula, Melati suka mengunyah. 

Melati tak suka kemam-kemam atau hisap, bimbang lidah terluka dek hisapan gula-gula.

Kat Alamanda ni ada satu outlet Sticky. Tapi, tak pernah pulak, Melati tergerak hati nak singgah. 

Tapi lain pulak ceritanya semasa on the way nak balik ke Terengganu tempohari. 


Kalau tak kerana Inas yang beria-ria sangat bercerita tentang Sticky ni tak de maknanya Melati nak singgah. 


Katanya Sticky ni ada banyak perisa, contohnya kalau kita nak perisa nasik lemak, Sticky tu memang betul-betul rasa sebijik macam nasik lemak. 


Aiii...betul ke?


Dan dan Melati bergegas masuk ke outlet Sticky KLIA2. 

Humang aii, mana ada perisa nasik lemak, kak oi...! 

Yang ada perisa I Love U, I'm Happy, I'm in Love, Pepsi, Durian, Mangga dan macam-macam perisalah dengan pelbagai corak dalam Sticky candy yang dipotong bulat kecik-kecik tu. 

Memang cute sesangatlah. Time tu, diorang pulak tengah wat promosi corak Dinasour. Melati grab perisa I Love U. 

Ada macam-macam corak emoji dan perisa dalam satu botol tu. Best!!!...


Sejarah Sticky di Malaysia

Sticky ini berasal dari Australia yang mana ia telah diperkenalkan oleh David King yang pada mulanya bekerja sebagai peguam. 

Betapa sedapnya Sticky ni, bermula dari Australia kemudian menular ke Hong Kong, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, dan seterusnya bertapak di Malaysia pada November 2009. 

Katanya, bahan-bahan Sticky ni bebas lemak haiwan dan tiada langsung kandungan gelatin.

Perisanya pula patuh kepada Quality Food Standard dan ia adalah perisa semulajadi yang diimport terus dari Sydney, Australia. 

Patutlah harganya cukup mahal. Untuk satu botol Sticky 25g pun da mencecah belasan ringgit. 

Sticky ini juga boleh tahan selama 6 bulan selagi tidak disimpan dalam peti sejuk atau tidak terdedah pada haba ataupun pancaran matahari. 

Jom kita selongkar skit, apa yang best sangat tentang Sticky ni. 



Apa yang istimewanya Sticky ni?

Sticky ini lain dari yang lain. 

  • Selari dengan moto gula-gula buatan tangan, Sticky diperbuat di hadapan orang ramai. Ada bermacam-macam corak yang unik dan menarik. Pening kepala jugak lah nak pikir camna corak tersebut dibentuk. 
  • Ianya juga boleh ditempah mengikut citarasa dan design apa yang kita nak. Amat sesuai sesangat sebagai goodies untuk majlis-majlis keraian dan kenduri-kendara. 
  • Terhad kepada 14 huruf dan 6 kilogram ke atas sahaja yang diterima tempahannya. Sticky tersebut boleh disiapkan seawal dua minggu dari tarikh tempahan. 
  • Sticky juga boleh dibeli secara online sekiranya peminat Sticky candy ini berada di luar kawasan outlet.




Pada sesiapa yang nak merasa Sticky candy ni secara percuma, boleh la ke outlet yang terletak di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Sabah.  

Kuala Lumpur
  • Suria KLCC
  • Pavilion, Bukit Bintang
  • The Gardens Mall, Mid Valley City


Selangor
  • One Utama, Bandar Utama
  • Sunway Piramid, Bandar Sunway
  • Paradigm Mall, Kelana Jaya
  • Gateway KLIA2, Sepang


Pulau Pinang
  • Queensbay Mall, Bayan Lepas


Johor
  • JB City Square, Johor Bharu


Sabah
  • Imago KK Times Square, Kota Kinabalu


Putrajaya
  • Alamanda
Hanya ini sahaja yang dapat Melati kongsikan apa yang Melati baca dari laman web Sticky Malaysia setelah merasa sendiri Sticky. 

Ermm...memang sedap tapi memang lambat jugaklah nak abih. 


**Pic dari laman web Sticky Malaysia

Popular posts from this blog

Betong, Yala, Thailand - 6hb Disember 2014

Review NUTRIWHITE (Cleanser, Toner + Pelembap)