Review NUTRIWHITE (Cleanser, Toner + Pelembap)








Pada 28 Julai 2015, Melati ada beli satu sat asas penjagaan kulit muka NUTRIWHITE sebab tergoda sangat dengan testimoni rakan-rakan yang ramai da cuba NutriWhite ni. 

Kata mereka; 

"bagus best, jerawat kecut, cerah, lembut, whitehead dan blackhead hilang, parut jerawat pudar, pori-pori mengecil dan macam-macam lagi lah."

Kebetulan, kulit Melati ni memang alah dengan debu. Cepat betul naik jerawat. 

Kadang-kadang malas nak cuci muka semalaman, pun boleh naik jerawat. Tidur dengan mekap pun, naik jerawat. 

Jerawat dan whitehead memang penghuni yang tak undang yang sentiasa ada di muka Melati ni. 

Jenuh try pelbagai produk x, double x, triple x dan macam-macam. 

Pada mulanya menjadi, tapi lama kelamaan jerawat tu datang balik. 

Namun begitu, masalah whitehead dan blackhead tak pernah hilang selagi tak buat facial

Yang tak besh tentang facial ni. muka jadi bengkak je selepas wat rawatan facial resdung. 

Sebabnya whitehead dan blackhead tu dipicit-picit secara paksa untuk keluar dari kulit muka. Sakit sangat....

Okay, panjang pulak mukadimahnya, 

Dah ada set trial ni, malamnya Melati nak apply lah. Pada mulanya terasa nervous jugaklah. 

Selepas mencuci tu, pergh...memang terasa kulit muka ni licin dan lembut sesangat. 

Aish... biar betul ni!!! 

Yang beshnyer, apabila Melati apply toner kat muka dengan sapu merata di seluruh muka, tu dia...daki-daki ada melekat pada kapas. 

Betullah kata orang, toner NutriWhite tu bukan sekadar menyegarkan kulit saja malah boleh membersihkan sisa-sisa daki yang masih melekat pada kulit muka. 

Patutlah pun, jerawat naik, muka ni memang kotor sangat. 

Then, Melati pakai krim malam NutriWhite pula, tengok macam biasa-biasa je. 

Tapi lama-kelamaan, Melati nampak wajah mula glowing. Nampak cerah sikit dari biasa. Perasaan ke?

Cam tak percaya pun ada. Cepatnya nampak kesan!!! Excited sekejap. 

Esok pagi, macam biasa, Melati apply pencuci dan toner tapi kali ini Melati pakai Pelembap NutriWhite yang katanya berfungsi sebagai agen pelembap dan sunblock

Aik, tak sangka pula ada yang menegur. Katanya kulit Melati nampak lain sangat hari ini. 

Cerah sikit dari biasa. Wah, perasaan Melati dah mula kembang semangkuk. Alhamdullillah...

Melati nak study la apa bahan yang hebat sangat dalam produk pencuci muka NutriWhite ni sehinggakan cepat sangat kesannya. 

Sebab Melati tahu yang produk Shaklee memang diakui ramuannya dari bahan-bahan organik, bebas bahan kimia dan selamat. 

Seperti slogan Shaklee "Semulajadi, Selamat dan Berkesan" 






Hak Milik Mawar Melati 2015. Powered by Blogger.