Manfaat Buah Zaitun untuk Penjagaan Kulit




Zaitun adalah merupakan sejenis spesis tanaman yang tertua di dunia. Rekod sejarah menunjukkan pokok zaitun mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir lagi.


Nama saintifik zaitun ialah Olea europaea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. 

Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar.
 

Minyak zaitun juga amat popular digunakan dalam produk kecantikan kerana ia boleh melembapkan, melembutkan kulit secara tak langsung kulit menjadi halus dan licin bak sutera.

Buah zaitun yang kaya dengan vitamin E dikatakan mampu melindungi sel-sel dari radikal bebas yang berbahaya. Menurut kajian, antioksidan ini dikatakan mampu mengurangi kemunculan garis-garis halus pada kulit. 

Asid lemak yang ada dalam buah zaitun ini dikatakan mampu berfungsi memberi keanjalan pada kulit dan melindungi elastin kulit rosak.

Minyak zaitun ini ada terkandung dalam Gentle Deep Foaming Cleanser yang amat bermanfaat untuk kulit.

Popular posts from this blog

Betong, Yala, Thailand - 6hb Disember 2014

Sticky

Review NUTRIWHITE (Cleanser, Toner + Pelembap)