Posts

Showing posts from August, 2015

Siapa Melati?

Image
Melati merupakan seorang wanita yang bekerja makan gaji dan ibu kepada 3 orang anak. 

Hobi Melati sukakan sukan lasak yang tak glamer macam motobike, paragliding, rowing dan dragon boat

Rowing da cuba ritu, motobike pun sudah, dragon boat pun sudah, paragliding je belum lagi. 

Suatu masa nanti...
Bercerita pasal Siapa Melati ni. Melati buat blog ni pun, sebab minat untuk berkongsi pengalaman. 

Tetapi Melati masih lagi bertatih untuk menjadi blogger sepenuh masa. 

Sehingga ke hari ini, Melati masih lagi belajar menulis artikel secara berkesan untuk blog The Simple Rules of Life.

Bagaimana Melati Jatuh Hati dengan Shaklee?
Melati bersama Shaklee pada 21 Feb 2015. 

Ketika itu, Melati mencari-cari vitamin yang berkesan, selamat dan ada unsur-unsur organik untuk kulit dan wajah. 

Waktu itu, kulit wajah Melati kusam dan tona tidak sekata. 

Ditambah pula dengan masalah jerawat nasi, parut jerawat, whitehead dan blackhead

Pendek kata memang muka Melati bermasalah teruk pada waktu tu.
Melati sudah lama…

I Really Miss Them So Much

Image
Ya Allah, rindunya nak ride sesama lagi. Namun pe kan daya, ada misi yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Ada sesuatu yang perlu capai matlamatnya dulu. 


Misi 2 tahun yang pertama ini, nak usahakan Shaklee ini dahulu. Tanam benih, semai, jaga, siram, baja cukup-cukup. Nanti hasilnya, sure memuaskan hati. Ye tak?

Misi seterusnya, setelkan hutang-hutang yang keliling pinggang ni. Kemudian, baru buat tabungan semula. 

Duit tabung semuanya da licin lecak dek termakan dengan godaan MV2 Money Games, program EMAS KJ dan Khazanah Bangsa dan macam-macam lagi kes penipuan. 


Then, baru fokus pada pengumpulan aset, pendidikan anak-anak dan diri-sendiri. Hajat di hati, nak sambung belajar lagi untuk memberi inspirasi kepada anak-anak dan penuhi hajat arwah mak yang nak sangat Melati menjadi pakar kaunseling. 


Melati yakin dengan Shaklee, Melati mampu melangkah lebih jauh untuk membina hidup baru setelah tidak berjaya dalam pengurusan kewangan sendiri. 

Dalam Shakle…

Manfaat Pemakanan Sihat dengan Sunnah

Image
Anggur Muscadine adalah anggur liar yang tumbuh di sebelah tenggara Amerika Syarikat iaitu di kawasan North Carolina, Georgia dan Texas. 

Anggur Muscadine (Vitis Rotundifolia) ini pada awalnya ditanam di Scuppernong, North Carolina, oleh orang asli Amerika lebih kurang 400 tahun yang lalu dalam sekitar tahun 1810. 

Ia adalah anggur yang berkulit kuning gangsa bertukar kepada ungu gelap apabila ia benar-benar masak ranum.

Tidak seperti anggur biasa, Muscadine boleh dimakan bersama kulit. Ia biasanya dimasak untuk dijadikan jem, jeli, wain dan sebagainya. Anggur Muscadine mempunyai 6 kali Resveratrol lebih dari anggur biasa dan amat sesuai untuk diet pemakanan sihat. 

Resveratrol adalah polifenol yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan sebagai agen anti-kulat semula jadi. 

Ini kerana sebahagian besar daripada resveratrol dalam anggur terletak pada kulit anggur. Kajian telah menunjukkan bahawa anggur Muscadine mengandungi kepekatan resveratrol yang paling tinggi berbanding tumbuh-tumbuhan lain. 


Tocopherol? Apa ke bendanya tu...

Image
Tocopherol adalah unsur kimia yang berlaku secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Biasanya dikenali sebagai vitamin E yang boleh membantu badan melawan pelbagai jenis penyakit kronik.


Bahan antioksidan ini boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang paling segar seperti bayam, kacang dan minyak sayuran. 

Ia turut hadir dalam beberapa jenis makanan yang diproses seperti bijirin sarapan pagi, di mana bijirin tersebut diperkayakan dengan pelbagai vitamin termasuklah vitamin E ini.

Faedah Tocopherol kepada Kesihatan 
i. Meningkatkan Sistem Imun dan Metabolisme
Tocopherols adalah bahan antioksida yang boleh menghalang aktiviti radikal bebas dalam tubuh badan manusia. Ia juga boleh membantu dalam mengekalkan sistem imun secara berkesan. 

Fungsi tocopherols adalah untuk memastikan bahawa proses metabolisme dalam badan sentiasa kekal cekap. Tocopherols mampu melindungi isu tisu sensitif pada bahagian-bahagian tertentu badan seperti mata, kulit, payudara, hati dan testis.



ii. Me…

Manfaat Buah Zaitun untuk Penjagaan Kulit

Image
Zaitun adalah merupakan sejenis spesis tanaman yang tertua di dunia. Rekod sejarah menunjukkan pokok zaitun mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir lagi.

Nama saintifik zaitun ialah Olea europaea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. 

Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar.
Minyak zaitun juga amat popular digunakan dalam produk kecantikan kerana ia boleh melembapkan, melembutkan kulit secara tak langsung kulit menjadi halus dan licin bak sutera.
Buah zaitun yang kaya dengan vitamin E dikatakan mampu melindungi sel-sel dari radikal bebas yang berbahaya. Menurut kajian, antioksidan ini dikatakan mampu mengurangi kemunculan garis-garis halus pada kulit. 

Asid lemak yang ada dalam buah zaitun ini dikatakan mam…

Ketahui Khasiat Kacang Soya

Image
Di dalam cleanser NutriWhite ada menunjukkan penggunaan ekstrak Glycine Soja iaitu kacang soya. Glycine Soja ini adalah dari ahli keluarga kekacang yang mana ekstraknya diperolehi dari biji kacang soya yang memang asalnya dari Asia Timur. 
Perkataan soy diambil daripada perkataan bahasa Jepun shoyu (kicap).  Di Jepun, China, dan Korea, kacang soya telah membentuk sebahagian besar diet pemakanan  seperti miso, natto, tauhu, tempe, kicap, douchi dan sebagainya. 
Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap dan kaya dengan isoflavon (hampir sama dengan hormon estrogen) yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. 

Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegeterian. 
Ianya juga amat berkesan sebagai agen anti oksida, tinggi nutrien dan hanya mengandungi lemak yang minimum dan sifar kolestrol. 
Khasiat kepada kulit 

Glycine Soja merupakan agen …