Hat Yai to Phuket - Bike Trip to 21st Anniversary Phuket Bike Week 2015

Orite, semua benda da selesai... Meh Melati sambung balik cerita pasal Ride To Phuket Bike Week 2015...Jom...!!!




11 April 2015 (Sabtu)
Bersemangat betul nak ride ni, time tu, hinggakan tidur pun tak berapa nak lena. Asyik terjaga aje. 

Nak tak nak, dalam pukul 5.00 pagi, Melati pun bangkit mandi dan tunaikan solat subuh. 

Selesai je solat, Melati pun amik supplemen 3 beradik tu (Vita E + Vita C + B Complex) dengan ESP + FiberCell Complex. 


Itu semua vitamin kuat Melati sepanjang ride nanti. Then, barulah Melati bersiap-siap pulak untuk turun bersarapan bersama rakan-rakan. 

Actually ESP tu kan, amat berkesan sangat dengan "perut manja" Melati ni. 


Perut Melati ni sensitif betul dengan makanan yang pelik-pelik. Mudah benar meragamnya dan kena jaga betul-betul pantang larangnya. 

Kalau tak, jenuh nak mencari toilet, tak pun kembung sepanjang hari. 

Dan kalau dah dop di bumi Thai ni.. mana boleh nak tahan-tahan nafsu makan, kan? 


Betul tak? Semuanya nak dirasa, nak dicuba, kan, kan, kan? 

Bukan senang nak ke sini lagi. Nasib baiklah ada yang sudi pelawa Melati ikut trip ni...


Kalau tak, ntah bila la Melati boleh merasa seronoknya Songkran kat Phuket tu. 

Opss.. kembali pada cerita ESP tadi, walaupun da standby pil Chi Kit Teck Aun ni, alhamdullillah, sepanjang Melati dop amik ESP ni, pil tu hanya sekadar hiasan je lah... tak bersentuh pun...




Selepas bersarapan di Hameed Restaurant yang bersebelahan je dengan Hotel Lee Gardens tu, Melati dan rakan-rakan pun bersiap-siaplah untuk meneruskan ride ke  Phuket melalui 4 daerah, iaitu Phatthalung, Trang, Krabi dan Phang-Nga.

Menu breakfast Melati di Hameed Restaurant, hanya Bubur Nasi je. Nampak macam sedap, kan? 
Tapi rasanya, boleh la...
Makan sudah, suit up pun sudah, jom ikut Melati snap beberapa pix sebelum nak memulakan ride ni.. 

"Orait, guys, say cheese..."

Tapikan, Melati lebih suka amik pix-pix yang super spontan. 


Dengan sebab tu lah Melati ada dua nickname

Ada sesetengah rakan, kenal Melati dengan nama MawaRazzi... adesss.

Bro Ed dan Naza Pensel Kayu tengah dop set kan wifi SJ4000 dengan G3




Mujurla ada salah seorang daripada rakan Melati ni, yang sudi pinjamkan monopod warna pink  tu. 

Ada 14 orang riders dan 2 pillions yang berkumpul di hadapan Hotel Lee Gardens ni. 

Dengan kelajuan yang ala-ala kucing mengejar tikus, dari Hat Yai, kami pun bergerak menghala ke Phatthalung. 

Jarak perjalanan ke Phatthalung lebih kurang 98.2 km je, dan terus ke Trang dalam 157 km je lagi. 

Dari Trang ke Krabi pula, dalam 126 km. 

Apabila dikira-kira jarak dari Hatyai ke Krabi lebih kurang dalam 381.2 km sahaja. 


Ala...macam Kuala Lumpur nak ke Kuala Terengganu je, kan. Krabi ke Phuket pulaks dalam 167 km. Ce tengok peta kat bawah tu... 


Jarak dari Grand Plaza Hotel, Hatyai ke RedPlanet Patong, Phuket lebih tapi tak kurang dari 445 km.
Masing-masing senyum lebar sampai ke telinga. Mau taknya, teruja nak main tembak-tembak kat Phuket besok


Sepanjang perjalanan dari Hatyai ke Phatthalung, banyak pulak lori dan kereta pikap yang bersimpang siur. 

Semua orang bersemangat betul nak sambut tahun baru agaksnya. Termasuk la kami ni semua. 

Ada beberapa rakan riders Melati, da siap beli senapang air semasa di Hat Yai semalam. 


Harganya tak lah mahal sangat, hanya dalam 150THB je pun. Melati pun nak jugak, tapi nak letak celah mana, ye. 


Inilah rupanya senapang air 150THB tu


Takkan nak beli kot, sedangkan kat badan Melati da ada macam-macam gadget da pun. 

Dengan kamera DSLR, SJCAM, handphone dan MP3, looks like Mrs. Gadget plaks da. 

Yang rider Melati pulak, da macam Mr. Wireman


Badan penuh berselirat dengan wire dan antena panjang berjela hinggakan boleh tersangkut dagu la plaks. (Melati nak berpegang pun, da tak tau da nak pegang kat mana).


Yang best nyer, tentang rider Melati ni, dia sporting abih dengan apa yang Melati buat untuk dapatkan shot yang menarik dan terbaik. 

Melati nak duduk senget ke, nak berpusing 60 darjah ke, nak berdiri ke, rider Melati steady je. Cool

Dia tetap maintain dengan kelajuan yang sedia ada. Best, kan?

Da dop ketik, petik, snap pic dan record video, Melati dan rakan-rakan da pun masuk bandar Phatthalung

Bandar ini, saling tak ubah macam bandar kat daerah Melati kat Terengganu tu je. 

Tak sesibuk macam bandar Hat Yai pun. Bandarnya tenang, biasa dan bersahaja. 


Sebenarnya kan, mengikut sejarah, Phatthalung ini cukup terkenal dengan wayang kulit

Owhh, barulah Melati tau, yang Wok Long dan Pok Dogo tu, datangnya dari Tanah Phattalung lah, ye?


Bandar Patthalung


Setiap daerah yang dilalui, pasti ada kon penguatkuasaan jalan raya. Agak-agaksnya kan, diorang ni dop banci 
jumlah kenderaan yang akan masuk Phuket kot...

Then, selepas merentasi daerah Phatthalung, kami pun merentasi daerah Trang plaks. 

Laluan Trang berliku-liku macam ular kena palu. Tapi tak de la macam Tapah ke Cameron Highlands tu. 

Yang itu, memang superb


Jalan Trang berliku-liku pun, tiada jalan pecah-pecah atau rosak dan yang paling syok sesangat bila layan selekohnya yang panjang-panjang, tak ubah macam selekoh kat Lebuhraya Timur Barat (Grik - Jeli) tu. 

Melati memang teruja sakan (wah, asyik teruja aje). 


Maw tak nye, Melati kan suka melayan corner.. lagi "baring".. lagi best, kan...


Berenti topup minyak dulu, sebelum merentasi Trang untuk lunch@Krabi


Da pakcik kedai Shell ni, ajak bergambar pulak
Berenti sekejap sebelum layan corner Trang
Kat Trang ni, ada banyak air terjun. Pada April 2013 yang lalu, Melati da pun lalu jalan ni untuk ke Krabi. 

Waktu tu, jalan Trang ni memang sempit sesangat dan ada sesetengahnya dalam proses pembinaan melebarkan jalan. 



Laluan Trang - Krabi
Dan apa yang best nyer tentang kawasan ni yang mana Melati dapat tengok dengan jelas jaluran air terjun di sepanjang laluan. 

Melati dapat menikmati bunyi deburan air, menghirup udara hutan yang bersih dan segar sambil melayani merdunya kicauan burung-burung dan nyanyian cengkerik dan serangga dari hutan premier Bumi Thai di kiri kanan jalan.



Pada Oktober 2013 plak, lagi sekali Melati lalui jalan Trang ni. 

Waktu tu, jalan da siap berturap dan hanya beberapa laluan sahaja yang masih berbatu kerikil. 

Tiada lagi kedengaran bunyi deburan air terjun yang mengujakan. 

Dan pada April 2015 ni, sahkan nak dengar bunyi air, kicauan burung dan nyanyian cengkerik, signboard air terjun pun da tak nampak langsung di sepanjang bahu jalan. 

Jalan pun da lebar, dah tak sesempit macam dulu lagi. 


Tiada lagi debu merah dan habuk yang bertebaran. Tapi kan, lokasi air terjun Trang, Melati pun da tak tau kat mana da.


Alang-alang da lalu kat area ni, meh Melati kongsikan sikit cerita pasal Trang ni. 

Melati baru je tau, yang Trang ni merupakan satu daerah yang cukup unik berbanding daerah-daerah yang lain di Selatan Thai. 

Sebabnya, daerah Trang ni ada Gunung Khao Luang dan Banthat yang mana ada banyak hutan lipur yang digazet sebagai National Park. 


Selain itu juga, Trang mempunyai 46 buah pulau yang indah dan cantik di perairan Lautan Andaman.  











Di celah-celah pergunungan Khao Luang - Bhantat dan pesisir pantai yang mengadap Laut Andaman ini, ada ladang getah yang teramat luas, yang ditanam secara besar-besaran di sini. 

Perusahaan getah merupakan hasil utama pendapatan bagi daerah Trang. 


Dan yang paling Melati tak sangka, getah yang ditanam ni rupa-rupanya berasal dari Tanah Melayu yang mana anak pokoknya telah dibawa pulang dan ditanam di Trang oleh Phraya Ratsadanupradit Mahison Phakdi pada tahun 1899. Lah... ye ke? 

Orite, da hampir 2 jam, Melati dop atas moto ni. Akhirnya sampailah Melati dan rakan di daerah Krabi pulak. 

Krabi ni syurga idaman pencinta alam semulajadi dan ketenangan hakiki. 

Hakikatnya, memanglah Krabi itu merupakan bandar pelancongan terkemuka di Selatan Thai. 


Krabi ini saling tak tumpah macam Gua Musang je. 





Da kenapa Melati cakap macam tu? 

Sebabnya, daerah Krabi ni adalah daerah yang dikelilingi pergunungan dan banjaran bukit bukau yang dipagari awan. 

Melati baru je tau, yang Krabi ini adalah salah sebuah daerah jajahan Kerajaan Ligor pada tahun 1200 yang lampau, yang mana kerajaan tu terletak di Semenanjung Kra. 


Sekarang Semenanjung Kra tu lebih dikenali sebagai Nakhon Si Thammarat. 


Gangs GTR Penang kot...tenggelam abih "set" kita..
Nasib laa Bro Fadhly ada wat "thumbs up"...kalu tak, memang tak cam

Melati salute abih la ngan Abam Goldwings dari Penang ni, siap bawak anak kecik dan isteri ride sesama. Ohsem...
Owh ye ke? 

Selalu sangat la Melati nampak signboard Nakhon Si Thammarat di bandar Hat Yai tu. 

Krabi ini pulak adalah salah satu daerah yang telah wujud sejak zaman kerajaan Thai lama, zaman dahulukala. 

Dan sememangnya ia amat terkenal dengan daerah yang paling banyak gajah

Gajah? 


Ahaks..pada kawan-kawan Melati yang nak ke Krabi tu, jangan lupa masukkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan gajah dalam trip tu taw samada naik untuk posing atas gajah ke, mandikan atau bagi makan kat gajah ke, atau take riding dengan gajah. 

Dan jangan lupa jugak dengan aktiviti-aktiviti pulau. Pulau-pulau di Krabi memang terbaik. 


Better cari tours dan pakat ramai-ramai untuk island hopping. Dapat murah banyak... dan sememangnya berbaloi-baloi...




2013, tempat ni penuh dengan pondok gazebo. 2015, da jadi restoran. Lokasi yang sama. Berhampiran masjid Krabi jugak...
Cantik dan nampak macam eksklusif je, kan. Terbaiklah
***Melati order Suhun masak sup je

Fanta, memang sah-sah yang Melati cari dulu kalu berada di Bumi Thai ni
Enak-enak dop hirup sup suhun, da ada orang bagi Melati
Aiskrim Cendol Pulut...Perghh, sedap gilaks boh!!!
Da jadi artis plaks rakan-rakan Melati ni. Tokey kedai pulak yang ajak bergambar...
Layan je la


Selesai saja lunch dan topup minyak di petrol station di Krabi, kami pun bergerak menghala ke Phang-Nga. 


Waktu tu, hujan da renyai-renyai da turun membasahi jalan. Aik, awalnya Songkran. 

Nak kata syok pun ada.. nak kata hampa pun ada.. sebab kamera nak kena simpan dalam jaket. 


Da tak boleh nak main-main dengan kamera lagi.

Orait, jom Melati share sikit pasal daerah selepas Krabi ni, Phang-Nga. 


Phang Nga ni dulu, pada tahun 1824 adalah sebahagian daripada Phuket. 

Then, pada tahun 1933, ianya diisytiharkan sebagai satu daerah. Penduduknya adalah Thai Buddha, Thai Cina dan Thai Islam. 


Uih.. pelik. 

Majoriti masyarakat luar bandarnya  adalah Thai Islam. Jadinya, teramat senang la nak cari makan kat daerah ni... 

Then, kat Phang-Nga ni juga, ada dua Taman Negara iaitu Similan Ko dan Surin Ko


Kedua-duanya tempat yang paling best untuk menyelam dan snorkeling

Alahai...best nya. Selain itu, ada banyak air terjun, kolam air panas, gunung, pulau dan sungai. 


Air terjun 5 tingkat yang best di Phang-Nga adalah Air terjun Lamtok Lamru

Dan yang paling-paling best tentang Phang-Nga ni pulak tak lain, tak bukan adalah, James Bond Island



James Bond Island



Da kenapa ngan James Bond plaks, apa kaitannya? 

Ok, pada tahun 1974, ada satu penggambaran filem The Man and The Golden Gun yang telah dibuat di pulau Khao Ping Khan

Bersempena nama James Bond tu, pulau Khao Ping Khan mula dikenali sebagai Pulau James Bond. 


Daerah ini juga cukup terkenal pelancongan berasaskan komuniti. Maksudnya, macam homestay gitu. 


Pelancong akan tinggal dengan penduduk dalam sehari dua dan mereka akan dibawa oleh penduduk di situ untuk pergi ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Phang-Nga. 


Unik, kan? 

Selain itu, daerah ini juga amat terkenal dengan hasil perlombongan bijih timah yang dikaut dari deretan bukit bukau yang mengelilingi Phang-Nga


Aik, bila masa pulaks Melati ni tukar profesion jadi tourist guide plaks? OMG...panjang pulak sharing nyer, kan?



Kemalangan di antara moto Harley Davidson, katanya warga Singapore yang terlibat. Kejadian berlaku di jalan utama Krabi - Phuket




Syok melayan scenery sepanjang perjalanan di Phang-Nga, Melati rupanya tak sedar, yang Melati da pun melewati jambatan yang menghubungkan Tanah Besar dengan Thalang Island. 


Maksudnya? Melati dan rakan-rakan da sampai ke Phuket da...Yess, amik pix dulu kat signboard Phuket tu, then baru kita gerak masuk ke Gateway... 













Terserempak dengan adik-adik motocub. Hebat demo, dik!!!
Bergambar sudah...jom la kita. 

Dalam sekitar jam 3.00 petang waktu tempatan camtu, kami pun selamat tiba di Phuket Gateway yang disambut mesra dengan senyuman manis oleh gadis-gadis moto yang baik ati menghulurkan air mineral dan tisu basah untuk kami, yang memang da basah skit-skit ni dek ujan renyai-renyai masa di jalanan tadi.

Elok je kami park moto kat situ, hujan pun turun dengan selebat-lebatnya. Lama jugak la kami dop menunggu hujan tu reda. 


Telinga bingit dengan lagu disko siam dan titisan hujan yang macam air yang dicurah-curah dari langit tu, membuatkan Melati rasa nak termuak pun ada. 


Tambahan pula, Melati da mula rasa bosan, bila lagu dalam MP3 Melati da tak boleh nak dengar, kamera tak boleh nak ketip dan petik. 


G3 Melati ni pun...hanya ada 15% sahaja  lagi nyawanya.








Tapi kan, ada satu pengalaman yang paling cukup-cukup menarik dan syok nak dikenang. 

Nak dijadikan cerita, salah seorang daripada rider kami, ni kononnyer nak bergambar di backdrop Phuket Bike Week tu. 

Aih, tak pasal-pasal plak, dia diraih untuk mewakili bikers sempena perasmian Phuket Bike Week 2015 di Phuket Gateway. 


Da free-free dapat publisiti dan liputan meluas dari semua media yang ada di situ pada ketika itu.




Takkan itu je kot?..

Eh, ada lagi yang menariknya, rider tu dapat sejambak bunga Mawar bukan Melati tau, daripada pihak penganjur Phuket Bike Week 2015. 

Aha..apa lagi, Melati kan suka bunga Mawar. 

Melati pun pe lagi, tergedik-gediks la macam kucing minta friskies, bimbang plaks, Bro Naza Pensel Kayu tu pi bagi jambangan bunga tu kat gadis moto Siam yang cun melentik tu. 


Mujur gaks, baik ati, dia bagi bunga tu kat Melati. 






Senyum lebar aje... maklum da dapat sejambak bunga
video



Hari da beransur gelap, hujan turun tak henti-henti membasahi bumi Phuket ni. 

Alih-alih kami pun berpakat ramai-ramai nak meredah hujan dari menunggu hujan yang macam tak nak reda langsung. 

Seolah-olah tok sami tu dop "menyanyi" minta hujan turun banyak, banyak, banyak. 

Melati agaklah kan yang dari Phuket Gateway ke Patong Beach dalam 10 km je. 

Rupa-rupanya, tu dia, jauh sesangat, adalah dalam 36 km dari Gateway. 

Dengan keadaan hujan yang turun dengan lebatnya, air yang memenuhi ruang jalanraya, vision yang tak berapa nak jelas, kereta pun banyak di atas jalanraya, Melati berharap sangat la yang  rider dan rakan-rakan Melati ni, ok. 

Melati sebenarnya suka tapi risau. 

Almaklum la, Melati kan suka hujan tapi pada masa yang masa risaukan rakan-rakan Melati ni jugak.

Akhirnya, hujan pun reda dan hanya bergerimis sahaja. Alhamdullillah. 

Tapi, kan Patong Beach tu kat mana yer? 

Dari jalan yang luas dan lebar, da menjadi jalan yang sempit. Dari lengang da jadi sesak. 

Manalah dia Patong Beach ni? 

Owh, baru Melati teringat, yang Patong Beach ni, terletak di kaki bukit Phuket sebelah sana.

Sebenarnya kan, untuk ke Patong Beach tu, semua orang terpaksa mendaki dan menuruni bukit serta menelusuri jalan di lereng-lereng bukit terlebih dahulu. 

Bukitnya boleh tahan tinggilah jugak dan memang sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang. 

Di lereng bukit ni jugak, ada banyak rumah-rumah kecil macam hostel atau guesthouse kot dan kedai-kedai sewa moto kecik. 

Nampak macam sesak sesangat tapi it's unique

Sekali imbas, macam berada kat California, tak pun di Batu Feringghi, Penang tu je. 

Bila da sampai di puncak bukit, Melati da boleh nampak Patong Beach yang berkilauan terkena panahan sinar mentari yang hampir-hampir nak terbenam. 

Mega merah di langit Patong tu dan kilauan merah ungu di permukaan lautan Pantai Patong tu amatlah menakjubkan dan memukau mata Melati. 

Subhanallah, cantiknya. 

***Senja@Patong Bay

Waktu tu, kalau la kamera ni baterinya tak kong, kalaulah bateri SJ4000 ada 2 bar, boleh la Melati merakam keindahan ciptaan Illahi nim. 

Melati hanya mampu senyum dalam tangis je lah. Indah nian pemandangan dari atas bukit tu. 

Alahai, kesian kat rakan-rakan Melati yang tak dapat nak menikmati keindahan tu. 

Sebabnya, jalan yang menghala masuk ke Patong pada waktu tu, teramatlah sesak. 

Ditambah pulaks dengan keadaan fizikal jalan yang menurun bukit dan berliku-liku, selain jalan licin dan basah. 

Waktu tu jugak, banyak betul moto kecik dan besar, kereta, lori dan pikap (Hilux) di sepanjang jalan masuk ke Patong Beach. 

Perasaan Melati pada waktu tu, risau, tapi buat-buat tak tau je lah. 

Dari Melati melayan rasa gundah di hati, baik Melati melayan keindahan sunset tu. Konon-kononnya lah...

Bila dah sampai ke Patong, satu hal la pulak nak mencari Hotel Patong RedPlanet tu. 

Nasib la ada talian internet yang first class ni. Dapat la akses Google Maps. 

Dalam pukul 6.00 petang macam tu, kami pun selamat sampai ke Hotel RedPlanet dengan keadaan yang basah lencun dan kasut yang penuh air. 

Kotor lantai lobi hotel tu kerana kami...(nakal).


Then, setelah selesai urusan check-in, Melati cepat-cepat basuh baju dan cari mana-mana yang lembap untuk disidai dan dianginkan. 

Mana yang takde bateri, dicaj dan digantikan dengan bateri baru. 

Tak lama kemudian, Melati dan rakan-rakan pun berjalan kaki ke warung halal yang banyak di sepanjang jalan berhampiran Hotel RedPlanet ni. 

Walaupun banyak, alamak...penuh dan sesak. 

Sehinggakan takde kerusi meja langsung untuk duduk dan makan. 

Adess.. ramainya bikers dan pengunjung yang datang nak "main air" kat sini. 

Nak tak nak, mencari la Melati dan rakan-rakan, kedai makan yang lain. 

Berjalan dan berjalan, alih-alih ada lah rezeki untuk kami di restoran berhampiran Masjid Patong. 

Lega, walaupun servisnya lambat dan diorang tak begitu faham dengan apa yang kami cakapkan, kira boleh la. 

Itu pun nasib ada menu bergambar yang bertanda harga.

***Tom Kha Thale - Sup Seafood bersantan yang dimasak pedas dan masam
Semasa sedang menjamu selera dengan rakan-rakan Melati, ada dua orang lelaki Melayu yang bawak motocub Honda Wave, berplat Perak berhenti di sebelah meja makan kami. 

Waktu tuh hujan gerimis ala-ala orang pompuan menangis, Tengok pada keadaan diorang tu macam mencari-cari tempat duduk je. 

Tak sampai ati plak, Melati nak berdiam... 

Nasib la salah seorang daripada rakan Melati ni, jemput mereka berdua tu join duduk semeja dengan kami. 

Dah namanya semeja, takkan lah tak bersembang, kan?

Depa interbiu kami, kami interbiu depa. 

Rupa-rupanya diorang ni, dari Shah Alam dengan motocub yang datang ke Phuket semata-mata untuk Bike Week dan Songkran. 

Depa ni datang dengan 120 buah motocub

Mak aii.. banyaknya. 

Ternganga mulut kami bila dengar 120 motocub. Macamana mereka handle ahli group yang seramai itu. 

Katanya, semasa perjalanan ke mari, diorang tak de tido mana-mana hotel pun, tak de transit pun, hanya tido sekejap je kat border Bukit Kayu Hitam tu untuk tunggu gate bukak dan kaunter beroperasi. 

Selebihnya, ride aje dan rehat selama 30 minit di stesen-stesen minyak. 

Fuh.. ini lagi kental dari budak-budak RXZ semalam. 

Kak Melati salute laa dik. 

Bagus betul semangat macam tu, tambah-tambah kalaulah diserap dan menjadi amalan hidup seharian, kan. 

Uiks, ada je yang melalut Melati ni, kan. 

Ok, lah, sebelum Melati nak tutup mata, nak tidur bersama bunga Mawar yang harum mewangi ni, apa lagi, jomlah temankan Melati melayan video rakaman perjalanan tadi. 

Jom-jom. 

Nanti ada masa Melati sambung lagi, ye, kisah Ride To Phuket Bike Week 2015 ni. 

Next story, kisah jalan-jalan perabihkan duit RM120 di 4 buah pulau di Phuket. 

Nite, see you then, pals.




***Gambar dari sumber internet
** Video di Gateway Phuket tu, recorded by Bro Mohsin, the Great Leader
Hak Milik Mawar Melati 2015. Powered by Blogger.