Serba Sikit Tentang Mawar Melati

Ramai yang bertanyakan kenapa pilih nama Mawar Melati. Melati da gunakan nama tu sejak tahun 2009 lagi. 

Melati rasa nama itu semacam ada chemistry je. 

Seakan serasi dan banyak perubahan yang positif terjadi dalam kehidupan Melati selepas itu. 


Bukan ke panggilan atau gelaran itu satu doa?


Bunga Mawar segar dari Cameron Highland, hadiah daripada si dia sebab 
dia tau sangat Melati amat sukakan Mawar.
Asalnya nama Mawar ini diberi oleh Ayah dan Melati pula diberi oleh rakan sekerja. 

Melati pun senang dengan panggilan tu. 

Dan tak disangka-sangka pulak, yang Mawar Melati ini merupakan salah satu rancangan drama yang agak popular dari tanah seberang. 


Melati suka ride memalam, sejuk dan trafik tenang je. 
Rasa lebih selamat bila pasang led biru ni...:) 
Bigbike? Ha... yang ini ada jugak beberapa rakan bertanyakan kenapa Melati begitu suka pada Moto Bigbike

Kadang-kadang Melati terfikir juga, kenapa Melati sanggup apa saja untuk bigbike


Agaknya, semasa Melati dalam kandungan, Mak Melati fikir bayi yang dikandungkan tu bayi lelaki kot. 


Di bengkel elektronik untuk instalasi LED Biru dan Integrated Tail Lamp kat Tmn Sri Muda, Shah Alam.
Sebab sebelum-sebelum ni, Melati tak berapa gemar dengan barangan kemas, alat mekap, kosmetik atau barangan perempuan. 

Pendek kata, Melati tidak begitu obses dengan benda-benda sebegitu. 

Melati lebih gemar dengan aktiviti lasak dan perkara-perkara yang orang tak berapa gemar nak buat, cam paragliding. 


Dan yang peliknya, Melati begitu suka dengan perwatakan perempuan yang look feminin tetapi dalamannya ada jiwa yang lasak. 

Melati cukup respect dengan perempuan yang sedemikian, macam Erra, Linda Onn dan ramai lagi di luar sana.
Test-test balancing. Boleh ke idaks nim? Kaki tak berapa nak jejak lantai je...
Pada tahun 1990-an, banyak motobike besar-besar gabak sering melintas langsung samada menjadi pengiring program cam Le' Tour De' Langkawi (LTdL), konvoi atau sendirian. 

Waktu tu, apa kerja yang dibuat, terus terhenti. Tunggu apa moto yang melintas di hadapan. 

Macamlah kenal sangat apa jenis motonya. Yelah, dulu-dulu mana nak ada internet macam sekarang. 

Sekarang semua maklumat di hujung jari je, kan. 

First time join TTS Mega Benelli, RV di Palace of Justice (POJ) Putrajaya. 
Bermula dari saat itu, Melati menyimpan angan-angan nak jugak merasa ada Bigbike

Nak jugak menunggang motobike. Alhamdullillah, angan-angan menjadi kenyataan. 

Pada September 2013, Melati ada sedikit rezeki lebih, dengan izin dan restu suami, Melati dibenarkan untuk memiliki Kawasaki Z-1000 yang Melati panggil dengan nama Abam Jek Tojen.


Melati suka shoot pix. Tak sangka plak, Melati kena snap. Nasib bek yang snap tu sepupunya Melati.
Bersama Abam Jek Tojen, Melati yang sememangnya zero tentang motor yang ada clutch ni, alahai, da lah tak de pengalaman langsung, Melati cuba-cuba untuk menunggang. 

Jalan yang lurus ok lah, tetapi time nak u-turn, dengan fizikal Melati yang tak berapa nak cukup inci ini dan memang tak mahir, banyak kali jugak la jatuh bodo, moto mati di tengah-tengah trafik lite dan macam-macam lagi lah. 


Dan semua itu da jadi sejarah, kenangan yang amat manis masin kelat buat Melati sebenarnya. Adess...malu boh, wei.


Penat dengan keadaan macam tu, Melati cuba mencari sifu yang boleh ajarkan Melati jinakkan Abam Jek Tojen ni. 


Alhamdullillah, ada seorang kenalan Melati dari facebook, sanggup nak ajarkan cara menunggang Abam Jek Tojen ni. 


Melati bersama sifu. First trip 86km. Berenti untuk solat di Masjid Tentera Port Dickson

First ride bersama Abam Jek Tojen
Kami bermula dari Putrajaya ke Port Dickson pada Disember 2013. 

First ride 86km sehala. Kemudian, kami ride kali kedua, Putrajaya - Ipoh - Lumut - Kuala Selangor. 

Yang ini, Melati buat pertama kalinya, tidur di wakaf RnR Tapah. 


Waktu tu memang da tak larat sangat da. Jarak perjalanan tak lah jauh sangat, hanya 499km je. 

Kemudian, Melati da mula ride banyak tempat, Putrajaya - Kuantan - Gua Musang - Putrajaya. 

Ride lagi ke Air Terjun Kota Tinggi, Bukit Fraser dan Cameron Highlands. 

Waktu tu, kulit muka dan badan semua da bertukar kepada blue-black


Bentuk badan Melati time tu, memang da tak de shape langsung da. Memang menggeleber sana sini. 

Peha Melati, masya Allah, gabak besaw. Buruk nau. Tambah plak, berat badan Melati mendadak naik. 


Mau tak nya, amalan makan dan minum main belasah je. Langsung tak berpantang. 

Trip balik ke Terengganu
Bersama kawan-kawan Kawasaki Ladies Bikers untuk TTS Mega Mac 2014
Melati cuba mencari apa saja solution untuk kembalikan bentuk badan dan cerahkan kulit

Yang Melati pelik, kenapa kawan-kawan Ladies Bikers tak de plak yang macam Melati. 

Melati tengok, cantik dan mulus bersih je kulit diorang. 


Melati plak dengan kulit muka bergerutu penuh ngan jerawat, hangus dan nampak sangat comotnye. 

Tak lulus langsung. Nasib da bersuami... 


Ready untuk ikut trip ke Hot Spring Sungkai, Perak anjuran Kawasaki
Satu hari, Melati terpandangkan kakak Melati yang memang da lama Melati tak jumpa. 

Adalah dalam dua minggu Melati tak ketemu dia, hihihih... Melati perasan tubuh badan nya tampak ada shape dan tak berapa nak melebar. 

Aik... dua minggu sebelum ini rasanya badannya gemuk gedempol macam tong drum. Mengalahkan badak sumbu.


Melati usha2 la, apa benda yang dia amik yg menampakkan dia begitu menawan dan anggun ni. 


Nampak cun sangat. Adess.. dalam hati da ada rasa jeles. Dia bisikkan kat telinga Melati. 

Owhh, ye ke? Berapa? Melati tak kira, Melati pun nak menawan dan cun macam dia jugak. 


Bentuk badan yang ada shape. Gemuk pun tak apa, janji tak macam tong drum. 

Maklum sajalah, ruang kerja berhawa dingin yang mengalahkan Kutub Utara, berpeluh jarang sekali, nak bersenam.. hurm.. jerebu je manjang, cam ne tu. 


Plus ngan rasa malas dan penat pun ada jugak. 
Kenangan yang paling manis
Disebabkan Melati nak sangat bentuk badan yang asal, Melati sanggup apa saja untuk dapatkan produk tersebut. 

Atas saranan, Melati amik dua set. Satu untuk pakai siang dan satu lagi untuk pakai malam. 

Alhamdullillah, tak sampai sebulan, dah nampak banyak perubahan. Senyum lebar la time tu. 


Tubuh badan Melati da mula kembali kepada bentuk asal. Lemak-lemak yang sepatutnya da terletak pada tempat sepatutnya. 

Tapi berat tetap maintain cam tu jugak, 67kg. Tapi tak apa, janji ada shape


Macamana nak turun, makan tak pernah berkurang, asyik bertambah je. Malam-malam pun belasah makan jugak. 


Melati cukup berpuas ati dengan korset ini sebab
banyak bantu letakkan semula lemak-lemak yang sepatutnya pada tempat yang sepatutnya.
Pertengahan Jun 2014 sehingga kini, Melati memakai produk tersebut dah mula timbul rasa tak berpuas hati. 

Dengan ketinggian 155cm dan berat 67kg, berat Melati sudah mencecah obesiti

Ades, macamana ni? Melati cukup-cukup rimas dengan keadaan ini. 


Sepatutnya berat badan Melati hanya 55kg je. Apa yang perlu Melati buat ni? 

Try test amik mood. Memang Cafe Racer ni idaman Melati 
Pikir-pikir punya pikir, rujuk sana sini, beli buku itu dan ini. 

Surf dan baca macam-macam artikel, kalu tak amik supplemen dengan usia Melati yang tak lama lagi akan cecah 36 tahun ni, macam mana nak turun. 

Makin melebar, makin naik, makin menggeleber ada la. Metabolisme dah rendah. 


Kalau kawal pemakanan sekali pun, faktor usia itulah yang menyebabkan lemak-lemak yang tak sepatutnya ada terkumpul dan menjadi tepu. 

Sebenarnya, Melati bukan kaki suka amik produk kurus atau makan produk macam-macam. 


Melati cukup takut dengan produk yang macam-macam di pasaran. 

Tetapi, hasil pembacaan, research dan pemerhatian, Melati gamble untuk mencuba produk ini dan maintain dengan memakai set korset yang Melati beli daripada kakak. Hasilnya, berkesan. 


Alhamdullillah...

Nanti Melati kongsikan pula pengalaman dengan produk ni. Memang best dan rasa berbaloi sesangat. 

Popular posts from this blog

Betong, Yala, Thailand - 6hb Disember 2014

Sticky

Review NUTRIWHITE (Cleanser, Toner + Pelembap)