Pengalaman Pertama di Bumi Toraja, Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia 31 Okt 2012

Tana Toraja. Nama yang memang tidak asing lagi bagi orang yang sering mengikuti dokumentari berkenaan Bumi Toraja ini. 

Pada tahun 2012, ada satu rancangan TV3, Dunia Tersembunyi yang telah membuat dokumentari berkenaan Toraja. 


Di dada akhbar-akhbar arus perdana yang terkemuka seperti Harian Metro dan Utusan Malaysia juga ada bercerita mengenai Toraja ini.

Dalam diam-diam, Melati menyimpan impian dan harapan untuk memijak tanah Toraja itu juga pada satu masa nanti. 

Kebetulan Melati terlibat secara langsung dalam Pasukan Mendayung Perahu Naga Putrajaya, tak disangka-sangka yang akhirnya menerbangkan Melati ke sana. 


Bertuahnya nasib badan. Impian dan harapan tercapai juga.

Walaupun last-last minute, Melati terpaksa menarik diri dari pasukan mendayung, kesempatan ini Melati gunakan untuk menjelajah sendirian bumi Makassar, Makale dan Toraja disamping mendampingi masyarakat tempatan, serta turut mempelajari budaya dan dialek orang Bugis Makassar. 

Pengalaman tersebut amatlah bermakna bagi Melati sepanjang berada di bumi asing Sulawesi Selatan selama seminggu bermula pada 31 Oktober sehingga 5 November 2012. 

Setibanya di lapangan terbang, Melati ditahan oleh pegawai kastam kerana membawa masuk bekalan biskut-biskut kudapan Melati sepanjang berada di bumi Makassar. 

Manalah tau tetiba terasa lapar di tengah-tengah malam atau semasa perjalanan tiada makanan halal, bolehla makan bekalan ini. 


Melati tak sangkalah plak biskut-biskut itu dirampas. Hurm, yang tak dirampas hanya dua tiga barang aje. 


Selebihnya Milo 3in1, Chipsmore, Maggi, biskut Julies dan Munchy's, pihak kastam sana dah amik. Nak buat macamana. 


Sebelum ke mari ke sini, Melati ada terbaca entri berkenaan makanan halal yang agak susah nak dapat di Makassar. 


Katanya kita susah nak cam, yang mana satu muslim dan yang mana satu kristian. Sebab yang Kristian pun bertudung jugak, sama seperti yang muslim.
Nasi Lemak yang memang sudah order siap-siap semasa booking tiket. 


Penerbangan mengambil masa 2 jam 30 minit aje. Sama masanya dengan terbang ke Sabah.

Salah seorang daripada geng Melati yang "suka-suka curi" snap pic orang. 


Apa-apapun, perempuan Sabah yang sebaris dengan Melati yang juga turut beratur untuk proses check out 
di Imigresen Airport Sultan Hasanuddin ini pun nak ke Toraja. 

Katanya nak ketemu dengan ahli keluarga sebelah emaknya.

Para atlet Malaysia yang baru tiba di airport untuk acara Perlumbaan Perahu Naga
"Im blur" - tak tahu nak buat apa-apa
Untuk elakkan penipuan, better Melati yang baru sampai ini amik Teksi Airport aje
Dahaga air, tapi tak de duit kecil. Aptb. 
Sekadar amik gambor je lah... alahai...
Tapi betullah jugak, semasa Melati makan ikan bakar bersama orang tempatan Makassar, diorang telah bawak Melati ke satu kedai makanan seafood mengadap Pantai Losari. 

Tak sangka plaks, itu kedai makan cina sebab tokey dan pekerjanya tak de langsung dialek cinanya, fasih betul berbahasa Melayu. 


Dan cara hidup masyarakat Cina Makassar jugak hampir-hampir sama seperti masyarakat melayu di sana. Berbeza dengan cara hidup masyarakat TiongHua Malaysia. 

Jadinya, Melati pun orderlah macam2 ikan. Adalah dalam 4 jenis ikan. 

Harganya teramatlah murah sesangat tapi cara masakannya, Melati bagi chances pada kawan-kawan tempatan Melati ni untuk order ikut selera masing-masing. 


Tujuannya, Melati nak merasa masakan kegemaran orang Makassar. 

Sedang elok-elok nak makan, doa  dah dibaca, dah diamin, ades...Melati terpandang susunan kotak-kotak Guinness elok je kat jalan menghala ke dapur. 

Hurm...potong selera Melati. 


Memang tak bersentuh laa makanan dan minuman selepas itu. 


Sah-sah makanan dan minuman kat restoran tu tak halal. Memang bab-bab makan Melati perhatikan sangat. 


Sebab Mak Melati ada berpesan, jangan amik dan makan benda haram, nanti bila dah menjadi darah daging, hati jadi hitam


Apabila dah hitam, susahlah kita dalam segala perkara. Takutnya...

Suasana di Makassar yang membuatkan Melati telah kembali ke zaman 90an
Setiap lorong pasti ada pintu gerbang.

Setibanya di hotel, yang betul-betul di simpang empat di bandar Makassar, Melati perhatikan, hotel ni macam besh je, disambut pula dengan keramahan pekerja hotel tersebut, makin berbunga-bungalah hati Melati. 

Hotelnya bersebelahan dengan rumah sakit (hospital). 



Stesen Minyak di Makassar
Ojek


Ini namanya lanca kot. Kalu vector, ditolak guna motor


Angkutan kota yang memang banyak di Makassar
Setiap pagi, apabila Melati bangun dari tidur, pemandangan pertama adalah kesibukan trafik di simpang empat tu. 

Best dan seronok bila perhatikan gelagat masing-masing yang kelam kabut keluar mencari rezeki. 


Maklumlah, Putrajaya kita ni bandar yang tenang dan damai. Kat sana pulak, bising dan kecoh. 


Pit pit pit, pon pon poooooon, semuanya seolah-olah bersembang sesama sendiri. Kereta, motor even lori, semua orang tekan hon. 


Kata orang sana, itu tandanya mereka bertegur sapa sesama sendiri. Owhh, begitu.

Apabila malam plaks, jalanraya simpang empat tu, telah bertukar menjadi tempat anak-anak muda berkarya sehingga larut malam. 

Tidak kira remaja atau kanak-kanak perempuan lelaki, semuanya seolah-olah berseronok. 


Ada yang petik gitar, ketuk-ketuk tin, menyanyi solo atau beramai-ramai, menari bermacam-macam gaya, ada yang memanjat signboard, melompat-lompat dan ada juga yang meminta derma di atas jalanraya. 


Tapi tak da pun orang keluar dari kereta marah-marah, jerit-jerit atau maki hamun diorang, seolah-olah tak de apa-apa yang berlaku pun. 


Mereka da biasa kot. 


Walau pun bising, Melati berasa terhibur sangat. Sekurang-kurangnya ada suara orang yang menemani Melati yang duduk sorang-sorang. 


Tahu-tahu sajalah, 


Melati memang jarang sangat menonton tv even sendirian. 


Kalu tonton pun, sekadar menjeling je. nak menonton betul-betul pun, time waktu berita je lah atau dokumentari yang best2. 


Tugu utama yang pasti ketemu dari airport ke hotel, hotel ke stesen bas
Sebut pasal tv, yang bestnyer di sana, tiada iklan-iklan mengarut seperti di Malaysia. 

Di sana, iklannya lebih berkisar kepada produk minuman kesihatan. 


Iklan shampoo ke, deodoran ke, iklan ntah apa-apa, tak nampak plak di mata Melati sepanjang berada di sana. 


Iklannya pun tak de memakan masa berminit-minit. satu dua iklan je then terus sambung dengan cerita. 


Berbezalah. Memang berbeza.





Masjid lagi. Di Makassar memang banyak masjid
Kembali kepada hari pertama Melati di sana, setibanya di hotel, perkara wajib yang perlu buat, Melati akan cari simkad untuk hubungi keluarga terlebih dahulu, kononnya nak bagitau yang Melati da selamat sampai di rantau orang. 

Aish, tak sangka plak yang tuan punya kedai simkad tu akhirnya menjadi tempat rujukan dan tourist guide pada Melati sepanjang berada di sana. 

Pasangan suami isteri tersebut masih adik-adik lagi, si suami berusia 19 tahun dan si isteri pula 21 tahun. Belum ada anak lagi, baru kahwin 2 tahun. 

Walaupun dialek Makassar amat asing bagi Melati, tapi boleh la sembang skit2 dengan diorang. "Iyek" aje la..maksudnya "Ya".  

Semasa Melati bertanyakan tempat makan, si isteri ada tunjukkan "warung tolak" tu, mana nak selera Melati nak makan. 

Bukan nak mengada-ada, tapi Melati fikirkan pasal aspek kebersihan dan halal haram. Itu aje... 

Then dia tunjukkan restoran sebelah kedainya. Melati tanya halal ke tak. Hurm, tak pula dijawab. 

Nak tak nak, Melati makanlah skit. Buat alas perut, mana nak boleh tahan, belum makan apa-apa lagi. 


Hanya beralaskan nasi lemak je atas flight tadi.

Hari kedua, Melati meronda-ronda di sekitar Makassar dengan menaiki teksi. 

Pada masa tu, Melati tak kenal lagi TayarGolek.com. Lagipun, Hans Tayar Golek rasanya belum sampai sini lagi dengan Red Versys nya kot. 


Betul ke?


Toyota Avanza paling banyak di Makassar
Apa saja yang boleh letak pada motor, letak aje. Sama pemandangannya di Vietnam.


Tong gas yang kecik keciput untuk "warung tolak". Cute sungguh...
Yang bestnyer tentang pengangkutan teksi di sana, even teksi di seberang jalan, kita di sebelah sini, teksi akan berhenti dan berpusing henti tepat depan kita. 

Tak perlu kalut-kalut nak lintas jalan yang asyik penuh, tak pernah lengang dengan kereta dan motor yang bersimpang siur. 


Betul-betul pemandu tu jemput kita selangkah, terus masuk ke dalam teksi. Terasa macam VVIP je gitu. 


Patutlah orang asing sukakan Indonesia, servisnya memang terbaik. Layanan masyarakat di sana memang terbaik. 

Hari ketiga, Melati telah merancang untuk berkunjung ke Tana Toraja. 

Pagi-pagi lagi, Melati dihantar oleh teksi hotel ke stesen bas. Dari hasil pembacaan, perjalanan ke sana memakan masa 5 - 6 jam. 


Melati da seronok sangat da. Tak sabar betul nak melayan scenery sepanjang perjalanan merentasi bandar, pekan dan kampung menuju ke Utara Sulawesi yang jaraknya sejauh 346km.  
Suasana biasa di waktu pagi. berjualan di kaki lima jalan depan kedai sebelum kedai dibuka. 


Kalu di Hatyai, jualan kain baju, souvenir dan aneka jeruk dan makanan. 

Tetapi di Makassar, jualan hasil tani oleh penduduk tempatan. 
  
Kebetulan Melati di sana, musim orang sibuk berkempen untuk pilihanraya Januari 2013. 
Parti Bulan Bintang... :)


Inilah yang Melati maksudkan dengan "warung tolak"


Universiti pun banyak di Makassar


Namanya Aceh, tapi ada Banglades pulak. Mana satu nim...:)


Cantiknya, bangunannya berwarna pink


Warna bangunan di Makassar yang betul-betul menarik minat Melati. 

Colourful gitu. Penunggang motor di sana, terpaksa "bungkus" tubuh badan mereka kerana persekitarannya terlalu berdebu dan panas.


Design bumbung cam Minangkabau je


Kem Tentera katanya pak supir (pemandu teksi). 
Warna hijo muda lembut-lembut gitu...alahai :) 


Melati tergelak besaw bila terpandangkan signboard dari gabus ni.  


Kreatif dan satu haram pun Melati tak paham. Dan Melati tak nak plak cuba-cuba nak paham...:)

Stesen Bas untuk ke Tana Toraja. 

Yang peliknya, untuk masuk stesen bas pun, nak kena bayar. Sama jugak nak masuk pasaraya pun, nak kena bayar... 
Setakat ini dulu la ye, nanti Melati kongsikan lagi pengalaman lone ranger di rantau orang. 

Nantikan sambungan perkongsian perjalanan menuju ke Utara Sulawesi. 


Perjalanan yang bagi Melati amat mencabar dan menyeronokkan.  



Hak Milik Mawar Melati 2015. Powered by Blogger.